Follow us on:

Pages

Sempitnya Pemikiran Rakyat Malaysia (Siri 4) – Bajet 2013


Okeyh. Apa yang aku ingin kupaskan ini memang-lah dah lama untuk dipertikaikan. Dah lama basi pun pasal bajet nie. Hak2. Tapi apa yang aku ingin pertengahkan adalah betapa sempitnya pemikiran manusia di zaman yang serba canggih ini. Sepatutnya jika dunia dah canggih kene-lah pemirkiran itu lebih canggih dan ber-matang dan berasas. Ini sebaliknya pulak yang berlaku, makin sempit pemikiran manusia di zaman era yang globalisasi ini. Semak pulak kepala aku dan UncleLimak dengan hujah dan tomahan masyarakat sekarang nie. Seolah-olah, manusia ini berfikiran yang sangat-sangat sempit dan tidak bermutu langsung alasan dorang.
Benda pertama sekali yang aku nak sentuh adalah pemikiran yang tidak munasabah rakyat terhadap bajet yang telah di-war-warkan. Aku tidak kenapa rakyat memandang terlalu negated terhadap bajet yang telah dikemukakkan. Bagi aku bajet tersebut telah sedikit membantu golongan yang amat memerlukan, kenapa kaliah semua sangat membencikan bajet tersebut?! Sebab ia-nya daripada kerajaan ke?! Jika betulah maka memang pendek lah akal dan pemikiran kalian semua.

Benda yang paling aku tidak suka lihat apabila orang pro-pembangkang mengutuk sekeras-kerasnya bajet yang dibentangkan dan orang itu lah yang pertama beratur untuk memohon bajet tersebut. Alasanya ‘aku bayar cukai tinggi-tinggi semua cukai aku bayar maka itu adalah hak aku dan aku kena-lah amek bajet tue!’ bila aku gelak dengar orang tue cakap macam tue, dye dating dekat-dekat-kat aku then dye cakap ‘apsal?!! Lawak kew??! Berdosa dan bersalah kew kalau aku amek bajet tue??! Ko pro-kerajaan kan?!’ aku dan UncleLimak lagi tergelak besar-lah. Then, dye nak angkat tangan dan kaki pulak kat kepala aku. Banyak cantik, aku punya kaki dan tangan nak letak kat pale siapa pulakkan..!! Hak2. Nasib baik-lah member aku ramai kat situ terselamat juga-lah aku. Persoalan-nya.. perlu kew dye politik-kan bajet tersebut, siap tanye ko pro-parti mne??! Nabi cakap lebih baik diam daripada berkata-kata. Tapi aku diam jerk kot.. asal plak dye nak angkat kaki dan tangan kat aku pulak??!

Itu lah mentality orang Malaysia bila dah terlalu racist sangat dengan sesuatu pihak. Bila dah berpuak-puak maka politik diletakkan sebagai batasan untuk berdamai.
Secara jujurnya-lah, aku bukan-lah berkenan sangat dengan bajet yang di sampaikan dan diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat. Sebab banyak lagi lapisan masyarakat yang tidak dapat manfaatnya. Sebagai contoh, bajet tetap akan member peruntukkan dengan mengunakkan baucer buku bukan-nye baucer tunai. Sebab bagi aku dan UncleLimak lebih elok diberikkan dengan Tunai bukan nye baucer. Sebab ada orang yang telah membeli kelengkapan dengan duit sendiri, tiba-tiba bajet bagi baucer buku dan alat tulis pula. Kan itu adalah satu pembaziran bila benda yang sama dibelanjakan pada benda yang telah ada dan sudah dibeli. Itu lah benda yang paling aku tidak setuju.

Kemudian, skim rumah pertamaku. Kenapa, skim ini diberi pada pendapatan isi rumah yang dibawah RM3k kebawah dan rumah yang berharga RM400k keatas pulak tue. Bukan-kah itu angka yang sangat-sangat kontra. Mana ada orang bergaji yang dibawah RM3k kebawah mampu membeli rumah yang berharga RM400k keatas?! Gile kew apew..!! berapa pulak gaji RM3k dengan hutang yang sudah sedia ada; kereta, motor dan sebagainya lagi. Aku rase tidak kena dekat target yang sepatut-nya disasarkan. Tapi ada pulak seorang hamba Allah ini, dah tahu benda tue tidak kena pada tempat-nya jangan-lah dok semak-semakkan telinga orang terpekik terlolong mengatakkan kerajaan buta.. kerajaan pekak.. kerajaan bodoh.. apa punya olang itu pun talak tahu hormati orang. Itu lah yang dikatakan sempit pemikiran. Tahu nak kutuk-kutuk orang jerk.

Cerita nie bukan-lah aku reka semata-mata nak penuh kan entry aku nie. Tapi benda nia aku dan UncleLimak lalui sendiri. Dorang nie hanya nakkan publisiti dan meraih untuk bersorak dan berpecah belah jerk.

Boleh tidak korang berdamai dan terima sedikit apa yang telah MALAYSIA nak bagi. Jangan lah asyik nak mengomel jerk dengan kutuk-kutuk dan mancaci sana-sini. Bukan-nya haram pun duit itu. Sebab dah bercampur pun duit tersebut. Kalau nak kata bajet itu dari duit halal; orang lain ponw bayar jugak. Termasuk lah kaki judi. Nak kata duit itu haram; tidak boleh juga sebab orang alim ulamak pun bayar juga. Jika tidak bayar maka alim ulamak tersebut tidak menggunakkan ilmu yang diberi. Sedangkan Khalifah Umar Al-khatab pun mengutip cukai dan jizyah dekat orang islam dan orang bukan islam yang menaung dibawah Negara bawah jajahan islam. Betul??!

Open-lah Malaysia janganlah kerana berbeza dasar politik kita semua tidak boleh terima faedah yang telah diberi oleh Malaysia. Aku rasa bajet yang telah dibentangkan itu dah cukup terbaek untuk semua lapisan masyarakat. Cuma ada sedikit yang perlu kita berbaharui dan perbetulkan. Memang jika kita lihat kadang-kadang hanya menguntungkan pada pihak disebalah Kerajaan sahaja. Tapi anda semua kena tahu juga bajet tersebut untuk semua lapisan masyarakat tidak kira anda kroni yang sebelah mana. Apa yang anda pilih itu adalah hak anda tetapi jangan terlalu bersangka buruk dengan apa yang telah kerajaan buat untuk anda semua. Okeyh.

Aku dan UncleLimak tahu memang tidak ada yang baca benda ini tapi kalau dah terbaca tue post-post dan share-share-lah pada siapa-siapa. Supaya meraka tidak kisah lah anda adalah Pro-kerajaan or Pro-pembangkang seharusnya kita berlapang dada menerima dan bersedia untuk member teguran dengan cara berhikmah. Bukan-nya dengan cara berperang dan bergaduh. Kita jumpa dilain siri okeyh.