Follow us on:
Inspection Di Terminal Bas Freesia - Tanah Rata (Cameron Highlands)
Lagak Gaya Inspector Building
Electrical Room
Letih
MAKAN NASI LEMAK DI TASIK UTP
Cowboy - Ketika di Cameron
Taman Permainan - DI Cameron
Sr. MUHAMMA KAMIL AKRAM

Pages

Showing posts with label Fakta atau Auta. Show all posts
Showing posts with label Fakta atau Auta. Show all posts
Fakta or Auta - Kopi Manfaat/Mudarat



Assalamualaikum

Alhamdulilah, bertemu juga kita semua kembali setelah sekian lama aku dan UncleLimak menyepi dan menyendiri. Hak2. Ini adalah untuk kebaikan semua pihak. Baik di alam maya mahupun di alam reality.. di alam fantasy agak-agak korang ade tak? Hak2.

Okeyh kali ini aku ingin menyingkap tajuk kita yang sebenar, apakah kopi itu sebenarnya membawa mudarat ataupun manfaat. Kita semua sedia maklum dengan zaman yang berinformasi dan berjalur lebar ini, untuk mencari sesuatu maklumat itu mudah dan senang.. hanya dihujung jari anda semua.. tak kisahlah maklumat itu salah mahupun betul. Sebagai contoh kopi.

Pelbagai spekulasi dan pendangan terhadap minuman berasas kan kopi. Hal ini kerana, setiap orang mendapat pengalaman yang berbeza. Jesteru itu, pendapat juga berbeza. Mari kita menyingkap dan merungkai apakah sebenarnya khasiat kopi ini boleh menghilangkan stress dan betulkah kopi adalah minuman kegemaran Nabi??! Hek2.

Minuman berasaskan kopi dan kopi itu sendiri adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang – orang rom dan yunani seawall abad ke-13. Oleh sebab kandungan kafeinya yang banyak, kopi mempunyai kesan ransangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia dan juga terdapat pelbagai perisa seperti latte, cappuccino dan lain2. Itu yang ada dalam internet.. selanjutnya anda semua boleh search dengan PakCik Google. Hak2.

Kita orang Malaysia selalu di sogok dan dimomokan dengan bahayanya minuman yang berasaskan kopi mahupun kopi itu sendiri.  Tetapi tahukah kalian, kopi sebenarnya adalah salah satu minuman kegemaran Rasulullah disamping susu, madu dan cuka. Orang yahudi laknatullah telah Berjaya mempengaruhi akal fikaran umat islam dengan pemakanan dan minuman. Sebagai contoh, digalakkan makan hati ayam/lembu. Tetapi, bila dah sakit doctor meminta untuk menjauhi makan makanana organ dalaman. Walhal tahukah kalian, Rasulullah dah awal2 lagi mengingatkan kita semua bahawa memakan organ dalaman tidak elok. Bagaimana pula dengan kopi?!

Kita sedia maklum bahayanya kopi adalah kerana kandungan kafeinya. Tapi tahukah anda kandungan kafein dalam kopi hanyalah 1% sahaja..!! dan semua minuman daripada tumbahan mempunyai kafein. Jika kafein tidak baik menagapa kita minum air teh..??!! daun teh juga ada mengandungi kafein. Mula-mula aku dan UncleLimak pun agak rungsi kenapa fakta-fakta seperti ini mereka pusing-pusingkan dan memalsukan manfaatnya kopi tersebut.

Sudahkah kalian Nampak apakah sebenarnya spekulasi yang terjadi terhadap kopi?! Kesian kopi, tak pasal kopi pun yahudi laknatullah nak spekulasikan supaya umat islam tidak meminum kopi dan takut akan kopi. Tahukah kalian semua, yahudi laknatullah ini menyebarkan bahaya nya kopi.. sedangkan Negara dorang penuh dengan Café yang berunsurkan KOPI..!! kehidupan mereka dari pagi sampaikan ke senja full with Coffee. Meeting pun kopi, McD pun kopi, starbucks siapa punya pemilik..?! Yahudi..!! mereka kata kopi tidak elok tapi kenapa mereka hidup dengan kopi semuanya KOPI..!! cuba anda fikirkan seketika, kafein akan larut dengan Susu yang dicampur dengan kopi.. so, tang mana kopi itu bahaya kepada tubuh manusia?! Kopi tidak membawa kemudaratan malah membawa manfaat yang sangat banyak kepada manusia.

Khasiat meminum kopi ada banyak yang aku temui dalam mana2 laman sesawang yang ada contohnya, mengembangkan salur darah. Sebab itu lah kot minum kopi dapat hilangkan mengantuk dan juga stress. Apabila salur darah kembang maka lebih banyak darah dapat dihantar kapada badan dan juga otak. Meningkatkan daya denyutan jantung dan juga menjadikan usus kebih aktif yang boleh membantu tubuh menyerap nutrient dengan lebih baik. Paling aku suka bila UncleLimak cakap kat aku yang kopi ini boleh melawan kegemukkan. Orang yang sering minum kopi diketahui berat badanya lebih stabil selama 12 tahun berbanding dengan yang berhenti minum kopi. Hak2. Banyak lagi faedahnya tapi aku malas nak cari lagi dah banyak kajian yang dibuat untuk cari kelemahan kopi tapi kelebihan sahaja yang dijumpai mereka.

Seringkasnya, minuman kopi ini adalah minuman Nabi, para-para ulamak dan ilmuan islam. Barat or timur suma kopi. Cuma di Malaysia sahaja yang mengatakan kopi itu berbahaya dan berpenyakit. Sebenarnya, semua makanan yang kita makan jika salah caranya maka boleh membawa kemudaratan kepada tubuh walaupun makanan itu dari yang halal sekalipun. Minum kopi jangan lah terlalu manis, jangan lah terlalu pekat dalam islam kata apa?! Hidup biar BERSEDERHANA. Kesederhanaan itu adalah berkat. Maka dengan itu, yahudi laknatullah kata ‘kopi tak elok..!! kopi bahayakan kesihatan..!!’. Tapi, kopi adalah minuman kegemaran Nabi kita, anda pilih sendiri nak ikot yang mana satu. Hak2.


Sekian,
Daripada pena UncleLimak
Aku.

Fakta atau Auta – Mandi Malam Mudarat/Manfaat



Acap kali kita mendengar amaran keras orang tua-tua dan dulu-dulu yang mandi malam ini bahaya dan boleh mendatangkan penyakit dan juga mengundang pelbagai masalah kesihatan. Macam ini bunyi-nya ‘oii.. jang!! Masuk umah copek dah nak sonjo nie, copek mandi kang tak elok mandi momalam.. sojuk!!’ itu kepada sesiapa anak jati Negeri Sembilan dan masih memiliki wan atau nenek maka anda akan faham bunyi-nya macam mana. Malah pada zaman sekarang yang serba moden ini juga masih ada lagi larangan-larangan seperti itu terdengar di corong-corong telinga.

Apakah ia-nya satu mitos bahawa mandi malam boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan? Apakah benar persepsi tentang tabiat mandi waktu malam ini boleh mendatangkan penyakit teramat kronik? Aku ada dapat beberapa maklumat dari blog-blog lain pasal artikel ini dari kata-kata seorang pakar  penjagaan kesihatan Dr. Anies Tan, seorang doctor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stress. Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan system imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan yang lain.

kebanyakkan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegalan system dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini.’’ Kata doctor tersebut.

Menurut Dr. Anies Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilang toksin dalam badan. “mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stress, mandi dengan air sejuk boleh membantu.” katanya lagi.

Maka dengan itu, dimanakah datang-nya bahaya dan penyakit jika kita mandi. Point diatas aku rasa dah cukup kukuh untuk mangatakan bahawa mandi tidak lah mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa sahaja yang mengamalkan mandi ini.

Tetapi! Bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?

Point kita semua adalah mandi pada waktu malam adakah membawa kemudaratan kepada diri dan kesihatan? Itu yang aku dan UncleLimak ingin rungkaikan. Kata Dr. Anies Tan “Negara ini;Malaysia tercinta ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.” Tambahnya lagi, “Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di Negara yang mempunyai iklim musim sejuk yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit.” So, tang mana pulak info mengatakan mandi malam itu berbahaya dn memudaratkan.

Dr. Anies Tan berkata lagi, “amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, mamang kami galakkan mandi. Sebab kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatang penyakit yang lain dan juga bau badan.” Kata beliau lagi “bacteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan dan kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat selain membersihkan bacteria daripada permukaan kulit.” Benda macam ini lebih kurang macam prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan sebelum makan lah.

ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam.” Tambah beliau untu menguatkan lagi faktanya.

Bagi UncleLimak larangan mandi malam adalah satu mitos dan lagenda semata-mata untuk mendisplinkan anak-anak dan cucu-cucunya daripada lewat balik rumah sebelum senja. Maka dengan itu terhasillah mudarat seperti penyakit yang sebenarnya tidak wujud bila kita mandi pada waktu malam di Malaysia tercinta ini.

Bagi aku Dr. Anies Tan ada menerangkan “bila kulit anda kering, ia bukanya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baek serta focus pada mandi dan penggunaan pelembab diperlukan.” Itu lah penyakit Ekzema kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan dan bagi UncleLimak pula, tiada ubat bagi masalah ini selain daripada mandi. Hak2.

Tambah Dr. Anies Tan juga “pakar dernatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang ada masalah ini supaya mandi dan mengunakkan pelembab pada waktu malam” lihat! PADA WAKTU MALAM.

Pendapat aku adalah untuk mereka yang malas mandi dan merasakan diri itu letih dan penat disebabkan aktiviti harian mereka yang padat memberikan alasan untuk mereka tidak mandi pada waktu malam, dengan alasan “penat kerja, esok pagi boleh mandi.” Apabila anda tidak membersihkan diri selepas anda keluar dari rumah badan yang penuh dengan bakteria itu lah punca segala penyakit yang datang mendampingi anda ketika tidur dan membuatkan anda lemah dan lesu kesokan harinya.

Maybe, pada dekad-dekad yang lampau zaman moyang-moyang kita dulu melarang mandi pada waktu malam adalah disebabkan faktor kekurangan kemudahan dan teknologi belum seberapa maju untk dibandingkan dengan sekarang yang mempunyak bilik mandi di dalam rumah berbanding zaman dahulu yang hanya mandi di perigi yang gelap dan berbahaya, mungkin disebabkan itu orang-orang dulu melarang mandi diwaktu malam.


Sekarang, dunia kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi sesiapa yang pulang pada waktu malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat anda beradu/tidur, sebab mandi juga membuatkan kalian dapat tidur dengan lebih lena dan membantu mengurangkan insomnia (gangguan susah tidur) dan juga mandi adalah satu amalan semula jadi bagi member regangan kepada minda dan badan.

Ada juga yang mengatakkan mandi malam akibat sejuk boleh mendatangkan paru-paru berair, tapi bagi UncleLimak, ia-nya memang lah betul tapi kita ini berada di Malaysia bukan nya di Ice-Land. Jika mandi malam akibat sejuk boleh mendatangkan penyakit bagaimana pula dengan mandi waktu pagi semasa ke sekolah, pejabat atau kuliah bukan kah waktu pagi maybe sebelum subuh lagi dah prepared untuk mandi adalah lebih sejuk berbanding waktu malam?! Fikir-fikirkan lah.

Malah, bagi umat islam anda mesti arif dengan petua dan amalan imam syafie dalam salah satu perkara yang dapat menguatkan badan adalah kerap mandi.

Oleh itu, anda semua boleh membaca dan menilai entry ini dengan lebih bijak dan terbuka. Artikel ini ada aku ambil maklumatnya dari blog lain tapi sumber masih sama dari Utusan Malaysia.