Follow us on:

Pages

Novel - Jangan Baca Novel ini



Okeyh, kali ini aku dengan UncleLimak ingin membincangkan perihal novel yang amat pelik jugak-lah, dengan tajuk-nya yang bunyi-nya pun dah memang pelik ‘’JANGAN BACA NOVEL INI’’ yang dikarang oleh Ismi Fa Ismail. Penulis ini sangat berani dengan membuat judul pada novel beliau tajuk yang sebegitu rupa. Bagi aku lah ‘comfirm’ terfikir dalam otak yang orang tidak akan beli novel aku nie. Tapi untuk peringatan novel ini tidak boleh dibaca oleh lapisan masyarakat yang berumur 13 tahun kebawah. Ingat..!! tapi kalau nak baca tidak lah salah, sekadar peringatan sahaja.

Aku tidak akan ceritakan synopsis novel ini sebab cerita ini mudah untuk di buat penilaian orang cakap ‘dah boleh agak ponw’ novel ini sesuai untuk yang tidak pernah baca sebab ia-nya penuh dengan kejutan dan ‘expectation’. Ia-nya bukanlah cerita cinta seperti novel yang sedia ada di pasaran. Betul, jika menjual novel cinta dan konflik amat menguntungkan akan tetapi penulis ini memilih untuk membuat satu anjakan paradikma dengan menghasilkan sebuah novel yang boleh dikatakan ‘perfect’ juga-lah. Penulis mengabungkan unsur reality dan fantasi dengan begitu baik tanpa ada sedikit pun yang tergantung.

Pada mulanya, UncleLimak dan aku mula-mula baca ia-nya seperti sebuah cerpen akibat dari header yang ada pada novel tersebut seperti ‘cerita 1, cerita 2 dan seterusnya’ anda akan dapat melihat-nya jika membaca dari pertengahan. Tapi sebenarnya novel ini adalah cerita diatas cerita. Penulis menceritakan cerita yang diceritakan oleh pencerita sebelum penulis. Konflik secara fantasi yang diceritakan oleh penulis amat-amat lah membuatkan kita berfikir sejanak dan seketika. Seolah-olah cerita yang diceritakan penulis betul-betul terjadi di Malaysia tercinta ini seperti ‘real’ pula.
Bagi aku dan UncleLimak, kalau asyik baca novel cinta saja bukannya boleh membantu diri mengembangkan daya pemikiran dan mematangkan minda berfikir tetapi boleh mempengaruhi cerita yang tidak berapa sihat untuk dicontohi. Kadang-kadang perasaan yang bosan melanda sebab asyik sangat dengan novel cinta dan romantik sahaja. Minda tidak berkembang.

Try Novel ini..!!

Kadang – kadang ada kemungkinan anda akan merasa aneh dan juga berhalusinasi benda yang bukan-bukan dan pelik-pelik. Bukan lah saya menyokong untuk anda berhalusinasi dan berimaginasi lebih-lebih, tetapi novel ini walaupun cerita atas cerita ia-nya berdasarkan fakta yang tepat dan betul serta munasabah. Semua yang terjadi ada fakta nya tersendiri.
Novel ini juga bukan untuk mereka yang lemah semangat, tapi untuk mereka yang ingin menjana minda dan menguatkan jantung, sebab semakin jauh anda membaca, otak anda akan semakin ligat berputar serta berfikir dan jantung anda akan semakin kuat berdebar-debar dek kerana permainan penulis dengan fantasi yang sangat berkesan dan berfakta.

Tak percaya?? Cuba lah baca..!!

MuSic