Follow us on:
Inspection Di Terminal Bas Freesia - Tanah Rata (Cameron Highlands)
Lagak Gaya Inspector Building
Electrical Room
Letih
MAKAN NASI LEMAK DI TASIK UTP
Cowboy - Ketika di Cameron
Taman Permainan - DI Cameron
Sr. MUHAMMA KAMIL AKRAM

Pages

Showing posts with label Pemikiran yang Matang. Show all posts
Showing posts with label Pemikiran yang Matang. Show all posts
Untuk apa Aku Hidup?!



Okeyh, adakah itu satu persoalan?! Bukan apa kawan-kawan, ramai orang di luar sana tidak sama seperti kita kat sini yang dah tahu kenapa kita hidup. Mungkin kita semua sekolah Agama dah tahu jawaban-nya. Bahkan, ada juga kawan-kawan UncleLimak yang sekolah agama-pun bertanyakan soalan yang sama seperti orang-orang biasa suarakan. ‘untuk apa Aku Hidup’ satu ungkapan yang penuh dan sarat dengan makna tersurat dan tersirat sebenarnya ia-nya adalah menyeluruh dan sangat luas untuk di bentangkan serta di rungkaikan. Maklum sajalah aku nie bukan lah ustaz dan ahli-ahli agama untuk merungkaikan. Tapi, aku bertanyakan pada UncleLimak dan kami berdua rasa ia sangat menarik memandangkan banyak idea boleh di olah semula dan di bincangkan. Moge kalian semua dapat manfaatnya.
Firstly, aku nak korang pikirkan untuk apa pen diciptakan?! Okeyh. untuk menulis. Tapi untuk menulis mengunakan smartphone or kapur-pun boleh jugakan. Maka dengan itu, pen or pensil digunakan untuk melakarkan kata-kata. Tanpa pen siapa lah buku or kertas. Rite?! Cuba korang fikirkan pulak untuk apa kertas or buku diciptakan. Comfirm korang semua faham concept-nya. Hak2. Or korang masih tak faham lagi concept-nya. Tak apa, aku akan bagi contoh yang lain pula.

Second, aku nak korang pikirkan untuk apa Jam diciptakan?! Okeyh, untuk menentukan masa. Tapi yang lebih tepat lagi sebenarnya adalah ‘mengukur’ masa. Kenapa ukur?! UncleLimak cakap ‘tentu’ Allah kita manusia hanya boleh merancan sahaja. Hak2. See?! Jam diciptakan untuk mengukur masa. Korang Nampak tidak apa sebenarnya kita ini diciptakan?! Hak2. Tak faham lagi?! Hak2. Tak apa, anda boleh baca seterusnya. Okeyh.

Sebenarnya manusia diwujudkan bukan secara kebetulan semata-mata. Itu semua adalah ketentuan Allah. Kenapa anda wujud adalah sebab lain tidak bukan kerana Allah yang telah ciptakan kita semua. Siapa yang bukan islam itu aku tak tahu-lah siapa yang ciptakan korang tapi ajaran aku mengatakan semua manusia diciptakan oleh Allah. Yeahh!! Oleh sebab kita ini wujud didunia hanya-lah sekali maka dengan itu jangan lah kita mensia-siakan peluang yang ada dunia ini sebelum kita menkecapi akhirat kelak. Ingat! Hidup bukan untuk enjoy.. tapi untuk beribadat. Hek2.

Ada satu pepatah arab yang disebut, ‘’hidup tanpa tujuan ibarat sampan tanpa dayung’’ dah tak boleh nak kemana-mana sebab dayung tiada. Tapi bagi unclelimak pula boleh guna cara lain sebab ‘hendak seribu daya taknak seribu dalih’ so, kalau nak maka mendayung-lah even guna tangan sekali-pun. Hak2. That why hidup perlu ada tujuan. Itu lah sebab-nya kenapa anda semua hidup. Sebab semua kena ada tujuan dan matlamat masing-masing. Okeyh?! faham tak semua nie?! Hak2.

Bagi orang islam, tujuan kita hidup ini mesti ada kaitan dengan hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia-manusia serta makhluk-makhluk yang lain selain manusia. Maka dengan itu kita ini digelar sebagai ‘khalifah’ dimuka bumi ini jesteru itu kita di tuntut untuk menjaga hubungan kita dengan semua makhluk-makhluk Allah termasuk sesame kita sendiri. Ingat tue!

Maka dengan itu, jangan-lah kita dok sibuk bertanyakan persoalan yang sebenarnya kita sendiri sudah tahu jawabanya kerana kadang-kadang persoalan yang kita ajukan kepada Allah tersebut boleh jadi dosa dek kerana kita mempersoalkan ‘untuk apa aku hidup’ umpama kita mempersoalkan ‘kenapa matahari nie panas sangat?’ atau ‘kenapa bulan ada waktu malam sahaja.’ Okeyh tak?! Dah faham?! Hak2.


Pendek kata.. panjang tak kata apa. Hak2. Walau apa pun situasi anda beradakan kenalah percaya sebab dalam hidup kita nie-kan semua yang terjadi itu ada hikmah-nya.

Kenapa Ummat Islam Sekarang Tidak Bersatu?!

Satu persoalan kew atau satu fakta?! Jika kita lihat dalam kaca pancaindera memang kita akan lihat ummat islam sedang bersatu. Disebabkan oleh serangan Israel keatas sempadan Gaza maka seluruh jiwa dan raga ummat islam terpanggil dan tercabar serta tercalar. Semuanya ‘ter’ lah. Termasuk sekali dengan ter’boikot’. Hak2. Memang kita akan Nampak semua ummat islam dari seluruh Negara bersatu menentang kekejaman Israel Zionis, tapi that not my point sebab apa yang aku nak rungkaikan adalah kepincangan pendapat dan pandangan dikalangan ummat islam terutama di dalam Negara aku sendiri; Negara Malaysia yang tercinta ini. That my point. Hak2.

Persoalan-nya adalah kenapa point aku tertumpu pada Malaysia sahaja?? Sebab UncleLimak cakap ‘tak payah nak cungkil-cungkil/intai-intai kain orang, kain sendiri tue pakai pun tak betul lagi’ aku tergelak besar. Hak2. Maksud UncleLimak tue adalah, tidak perlu kita cungkil-cungkil Negara orang punya masalah, dalam Negara sendiri pun banyak lagi yang tidak betul-nya dalam Negara kita nie pun ada banyak yang boleh dijadikan contoh.

Fakta-nya adalah kenapa tidak bersatu pula?! Bukan kita semua umat islam sudah bersatu??! Memang lah dah bersatu, tapi bukan itu yang dimaksudkan, anda akan tahu apa sebanarnya yang aku dan UncleLimak ingin rungkaikan sebab kenapa umat islam ini susah sangat nak bersatu..:

1. Terlalu Mencari Perbezaan.
Betul. Itu lah ummat islam Malaysia sekarang yang membuatkan aku bertambah runsing adalah kenapa ummat islam yang zaman era sebelum merdeka dulu lebih teruk daripada ummat islam yang selepas merdeka sekarang ini. Kenapa? mereka yang lahir sebelum merdeka sepatut-nye menunjukkan tauladan yang baik untk kami anak-anak globalisasi ini agar boleh di contohi.
sebagai contoh, status dan taraf. Kenapa orang Malaysia terlalu mencari perbezaan pasal taraf?! Taraf hanya pada dunia sahaja semata-mata, anda tidak dapat membawa taraf itu masuk ke dalam kubur melainkan amalan yang anda buat ketika didunia dahulu. Then, kenapa orang Malaysia suka membeza-beza kan satu benda dengan sesuatu benda yang lain. Malah perbezaan tersebut tidak berasas langsung, seolah-olah tidak kena pada class atau ketegorinya. Contoh, membeza-bezakan anak sendiri dengan anak orang lain.  Kenapa tidak salah kan diri sendiri?! Adakah allah cipta manusia yang selain kekasihnya; Nabi Muhammad adalah sempurna?! Siapa yang ngaku dirinya sesempurna Nabi Muhammad. Tiada siapa maka kenapa kita terlalu sangat cari perbezaan.

Khusus-nya orang melayu dahulu sebelum merdeka dan orang melayu kini selepas merdeka. Mereka teramat berbeza ketika zaman berganti zaman. Memang kita kena bergerak mengikut zaman tidak hairan lah jika orang melayu dulu tidak boleh ikot atau pun di adapt kan dalam hidup seharian mereka, apa yang aku dan UncleLimak maksudkan ialah cara mereka berfikir;terlalu mencari perbezaan dalam hidup seharian mereka (suka cari gaduh) pemikiran mereka tidak terbuka secara am dan meluasnya. Anda semua kena tahu yang anda telah masuk era globalisasi. Era dimana semua maklumat dan pendapat boleh didapati secara terbuka dan meluas. Jaraingan tanpa sempadan. Kuasa semua dijari anda. Ada Xpax ada segalanya, akan tetapi yang aku hairan-nya adalah kenapa ada segelintir anak-anak muda melayu yang sama berpemikiran macam orang dulu-dulu. Pendapat dan keterangan tidak dijelaskan dengan terperinci. Apa yang ada dalam kepala otak diorang adalah dengan cara bergaduh dan memaki hamun, mencari perbezaan walaupun hanya sebesar zarah pun untuk dijadikan bahan pergaduhan dan perpecahan ummah.

2. Akibat Politik Melampau.
Ini adalah fenomena yang tidak asing lagi dimata dan telinga setiap individu termasuk aku dan UncleLimak sekali. Malaysia heboh dekat politik sahaja semata-mata. Baik parti kerajaan mahupun pari pembangkang. Kesemua parti tersebut mencaci dan mencela parti lain sesame mereka sendiri walhal rakyat hanya melihat dan memerhatikan sahaja. Statement itu untuk rakyat yang pandai berfikir bagi rakyat yang tidak pandai berfikir mereka akan turut serta mencaci dan mencela sesame mereka mengikut pemimpin-pemimpin mereka. Sepatutnya anak muda melayu kini yang dah matang dan belajar tinggi-tinggi tidak perlu lah ‘join’ sekali bergaduh sakan dengan orang-orang tua dalam politik sepatut nya kita sama-sama mencari persamaan dan penyelesaian bukanya perbezaan.

Tahu anda semua hendak pertahankan ‘kerusi’ yang dihebah-hebahkan sangat. Itu kerusi jerk.. apa yang nak dihairankan sangat. Jika takdir anda untk memimpin maka akan tertunai lah. Kami rakyak (yang berfikir) akan mengundi anda jangan risau, tidak perlu lah ada cercaan dan perbalahan antara kaum malah seisi ummah islam pula menjadi goyah hinggakan nampaknya jurang dan batasan dalam pergaulan ummat islam dek kerana perbezaan politik yang melampau. Bila politik diletakkan sebagai sandaran dan batasan dalam pergaulan maka tiada lah sefahaman dalam kehidupan ummat islam bertambah runcing lah ketidak bersatunya ummat islam dimalaysia walaupun rambut same hitam pakai kopiah pun sama warna putih cume bila mana berbeza parti maka talian persaudaraan ‘wajib’ diputuskan. Masya’allah.

3. Kelemahan Berfikir.
Lebih kurang sama macam perkara diatas tapi aku perincikan lebih lagi. Walaupun aku dan UncleLimak berlainan parti politik tapi kami tidak lemah dan tidak mudah percaya dengan maklumat-maklumat dan pendapat-pendapat daripada kaca Tv mahupun media massa yang sekarang ini banyak mengkucar kacirkan suasana. Setiap apa yang berlaku kami akan selidik daripada segi tersirat bukan hanya tersurat saja semata-mata. Kita orang islam dan melayu kena lah berfikir dengan lebih logik dan matang kenapa perkara tersebut tidak boleh dilakukan dan kenapa perkara tersebut boleh dilakukan.
Kami berbeza pendapat tapi kami tidak pernah termakan dengan janji-janji politik baik pada parti kerajaan mahupun parti pembangkang. Sebab kami tahu itu semua hanya lah omong-omong kosong untuk meraih undi padahnya, ramai lagi rakyat yang perlukan pertolongan dan bantuan tetapi mereka sibuk dengan parti politik mereka.

Yang terkini perihal mendoakan kehancuran kepada parti kerajaan padahnya parti kerajaan pula menghina parti pembangkang. Dimanakah pemimpin seperti Khalifah Saidina Umar Al-khatab?! Beliau akan pastikan rakyat nya tidak merempat dinegara sendiri dan memastikan kesejahteraan rakyat. Harus pemimpin ingat kata-kata Khalifah Umar Abdul Aziz ‘seorang pemimpin berwibawa wajib memikirkan hak menang-menang dalam keputusan walaupun terkorban ‘nyawa’ banyak boleh dirungkaikan daripada kata-kata beliau mengapa pemimpin kita orang melayu khususnya orang islam dari parti kerajaan mahupun pembangkang masih mencari perbezaan dalam politik?! Kenapa tidak cari kesamaan dan pendamaian untuk rakyat tercinta. Ini lah yang dikatakan kelemahan berfikir dikalangan pemimpin dan masyarakat khususnya orang melayu dan islam.

Kami berbeza pendapat setiap apa yang dipertikaikan kami akan bentangkan dengan idea yang terbuka sebab manusia ilmu nya terbatas kadang-kadang mereka tidak Nampak apa yang tersirat disebalik kejadian tersebut. Seperti sebelumnya kebanyakkan artikel yang aku post ada sesetengah nya mengatakan aku mengutuk pembangkang so, sesetengah itu lah yang dikatakan lemah pemikiranya. Sebab aku dan UncleLimak memang berbeza parti tapi kami seagama dan serumpun. Kami menceritakan perkara yang tersirat atas kejadian tersebut. Jangan kita hanya memandang tersurat sahaja sebab kita tidak tahu tersiratnya kadang-kadang lebih teruk boleh berlaku. Dalam bajet 2013 juga ada sesetengah pembaca mentafsirkan kami mengutuk kerajaan. So, dimanakah hak bersuara?! Apa yang tidak betul kami perbetulkan dan perincikan supaya bantuan dan pertolongan itu capai pada sasaran dan golonganya ‘target’.

Persoalan aku dan UncleLimak apa yang lebih penting dalam minda anda?? Politik atau Kesatuan Ummah. Keamanan atau peperangan. Soalan seperti ini dah lapukan?! Tapi cuba anda semua lihat sekitar anda akan bertanya kembali pada diri anda sendiri apakah dunia sudah akhir zaman?! Hak2.

Sempitnya Pemikiran Rakyat Malaysia (Siri 4) – Bajet 2013


Okeyh. Apa yang aku ingin kupaskan ini memang-lah dah lama untuk dipertikaikan. Dah lama basi pun pasal bajet nie. Hak2. Tapi apa yang aku ingin pertengahkan adalah betapa sempitnya pemikiran manusia di zaman yang serba canggih ini. Sepatutnya jika dunia dah canggih kene-lah pemirkiran itu lebih canggih dan ber-matang dan berasas. Ini sebaliknya pulak yang berlaku, makin sempit pemikiran manusia di zaman era yang globalisasi ini. Semak pulak kepala aku dan UncleLimak dengan hujah dan tomahan masyarakat sekarang nie. Seolah-olah, manusia ini berfikiran yang sangat-sangat sempit dan tidak bermutu langsung alasan dorang.
Benda pertama sekali yang aku nak sentuh adalah pemikiran yang tidak munasabah rakyat terhadap bajet yang telah di-war-warkan. Aku tidak kenapa rakyat memandang terlalu negated terhadap bajet yang telah dikemukakkan. Bagi aku bajet tersebut telah sedikit membantu golongan yang amat memerlukan, kenapa kaliah semua sangat membencikan bajet tersebut?! Sebab ia-nya daripada kerajaan ke?! Jika betulah maka memang pendek lah akal dan pemikiran kalian semua.

Benda yang paling aku tidak suka lihat apabila orang pro-pembangkang mengutuk sekeras-kerasnya bajet yang dibentangkan dan orang itu lah yang pertama beratur untuk memohon bajet tersebut. Alasanya ‘aku bayar cukai tinggi-tinggi semua cukai aku bayar maka itu adalah hak aku dan aku kena-lah amek bajet tue!’ bila aku gelak dengar orang tue cakap macam tue, dye dating dekat-dekat-kat aku then dye cakap ‘apsal?!! Lawak kew??! Berdosa dan bersalah kew kalau aku amek bajet tue??! Ko pro-kerajaan kan?!’ aku dan UncleLimak lagi tergelak besar-lah. Then, dye nak angkat tangan dan kaki pulak kat kepala aku. Banyak cantik, aku punya kaki dan tangan nak letak kat pale siapa pulakkan..!! Hak2. Nasib baik-lah member aku ramai kat situ terselamat juga-lah aku. Persoalan-nya.. perlu kew dye politik-kan bajet tersebut, siap tanye ko pro-parti mne??! Nabi cakap lebih baik diam daripada berkata-kata. Tapi aku diam jerk kot.. asal plak dye nak angkat kaki dan tangan kat aku pulak??!

Itu lah mentality orang Malaysia bila dah terlalu racist sangat dengan sesuatu pihak. Bila dah berpuak-puak maka politik diletakkan sebagai batasan untuk berdamai.
Secara jujurnya-lah, aku bukan-lah berkenan sangat dengan bajet yang di sampaikan dan diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat. Sebab banyak lagi lapisan masyarakat yang tidak dapat manfaatnya. Sebagai contoh, bajet tetap akan member peruntukkan dengan mengunakkan baucer buku bukan-nye baucer tunai. Sebab bagi aku dan UncleLimak lebih elok diberikkan dengan Tunai bukan nye baucer. Sebab ada orang yang telah membeli kelengkapan dengan duit sendiri, tiba-tiba bajet bagi baucer buku dan alat tulis pula. Kan itu adalah satu pembaziran bila benda yang sama dibelanjakan pada benda yang telah ada dan sudah dibeli. Itu lah benda yang paling aku tidak setuju.

Kemudian, skim rumah pertamaku. Kenapa, skim ini diberi pada pendapatan isi rumah yang dibawah RM3k kebawah dan rumah yang berharga RM400k keatas pulak tue. Bukan-kah itu angka yang sangat-sangat kontra. Mana ada orang bergaji yang dibawah RM3k kebawah mampu membeli rumah yang berharga RM400k keatas?! Gile kew apew..!! berapa pulak gaji RM3k dengan hutang yang sudah sedia ada; kereta, motor dan sebagainya lagi. Aku rase tidak kena dekat target yang sepatut-nya disasarkan. Tapi ada pulak seorang hamba Allah ini, dah tahu benda tue tidak kena pada tempat-nya jangan-lah dok semak-semakkan telinga orang terpekik terlolong mengatakkan kerajaan buta.. kerajaan pekak.. kerajaan bodoh.. apa punya olang itu pun talak tahu hormati orang. Itu lah yang dikatakan sempit pemikiran. Tahu nak kutuk-kutuk orang jerk.

Cerita nie bukan-lah aku reka semata-mata nak penuh kan entry aku nie. Tapi benda nia aku dan UncleLimak lalui sendiri. Dorang nie hanya nakkan publisiti dan meraih untuk bersorak dan berpecah belah jerk.

Boleh tidak korang berdamai dan terima sedikit apa yang telah MALAYSIA nak bagi. Jangan lah asyik nak mengomel jerk dengan kutuk-kutuk dan mancaci sana-sini. Bukan-nya haram pun duit itu. Sebab dah bercampur pun duit tersebut. Kalau nak kata bajet itu dari duit halal; orang lain ponw bayar jugak. Termasuk lah kaki judi. Nak kata duit itu haram; tidak boleh juga sebab orang alim ulamak pun bayar juga. Jika tidak bayar maka alim ulamak tersebut tidak menggunakkan ilmu yang diberi. Sedangkan Khalifah Umar Al-khatab pun mengutip cukai dan jizyah dekat orang islam dan orang bukan islam yang menaung dibawah Negara bawah jajahan islam. Betul??!

Open-lah Malaysia janganlah kerana berbeza dasar politik kita semua tidak boleh terima faedah yang telah diberi oleh Malaysia. Aku rasa bajet yang telah dibentangkan itu dah cukup terbaek untuk semua lapisan masyarakat. Cuma ada sedikit yang perlu kita berbaharui dan perbetulkan. Memang jika kita lihat kadang-kadang hanya menguntungkan pada pihak disebalah Kerajaan sahaja. Tapi anda semua kena tahu juga bajet tersebut untuk semua lapisan masyarakat tidak kira anda kroni yang sebelah mana. Apa yang anda pilih itu adalah hak anda tetapi jangan terlalu bersangka buruk dengan apa yang telah kerajaan buat untuk anda semua. Okeyh.

Aku dan UncleLimak tahu memang tidak ada yang baca benda ini tapi kalau dah terbaca tue post-post dan share-share-lah pada siapa-siapa. Supaya meraka tidak kisah lah anda adalah Pro-kerajaan or Pro-pembangkang seharusnya kita berlapang dada menerima dan bersedia untuk member teguran dengan cara berhikmah. Bukan-nya dengan cara berperang dan bergaduh. Kita jumpa dilain siri okeyh. 

Sempitnya Pemikiran Rakyat Malaysia (Siri 3) - Duit Syiling



Aku tahu perkara ini bukan lah asing/baru lagi di dengar tetapi sudah acap kali kita mendengar dan membacanya di blog dan laman sesawang yang ada. Jika tidak salah aku-lah perkara ini berbangkit sebelum duit syiling baru ini keluar sudah jadi bualan mulut dan coretan pena-pena pada laman sesawang yang tumbuh macam cendawan selepas hujan tue..  okeyh.

Suka aku ingin maklum dan ingatkan yang apa yang aku coretkan ini bukan-lah sebab aku sokong zionis, seperti di SIRI 2 bukan-lah aku sokong freemason, tetapi niat aku adalah ingin merungkai dan menterjemahkan betapa lemahnya pemikiran rakyat Malaysia dalam membuat andaian dan persepsi yang betul-betul tidak masuk dik-akal yang dah terang-terang lagi bersuluh itu. Niat aku adalah untuk membuka mata semua pihak, tidak kira dari mana latar belakang anda semua supaya berfikir secara positif dan berhikmah. Sebab tubuh yang sihat bermula dari akal yang sihat or terbalik ayat aku tue?? Hak2.

Mula sekali aku akan tunjukkan gambar-gambar duit syiling baru yang telah bertambah biak disekitar Malaysia ini.
Jika kita lihat semua duit baru tersebut tanpa ada apa-apa yang dikaitkan dengan mana-mana lambang, aku rasa tiada siapa-pun akan terfikir itu adalah Yahudi dan Israel. Masalah orang Malaysia ini adalah suka mengaitkan dengan benda-benda yang lain. Orang Malaysia nie bila dah tiada benda nak dikaitkan benda yang tidak masuk akal-pun nak dikaitkan. Orang Malaysia nie, aku dan unclelimak memang perasan, diorang suka kaitkan dengan benda-benda yang tidak masuk akal. Contoh, benda-benda yang mistik. Betul.. kita orang islam tahu bukan kita sahaja makhluk yang menetap dibumi ini. Tapi takkan-lah semua kejadian terjadi dengan benda-benda mistik nie. Kita sebagai khalifah kene berfikir dengan lebih mendalam dari pelbagai aspek dan rasional-nya.

Sekarang aku bagi anda semua melihat gambar-gambar duit syiling yang telah di merge-kan dengan lambang-lambang lain.





















Jelas kita lihat dimanakah yang dikatakan Yahudi dan Israel. Baru kita tahu dimanakah bentuknya yang mereka kaitkan dengan lambang Yahudi dan Israel. Di situlah yang aku dan UncleLimak ingin tunjukkan betapa sempit-nya pemikiran rakyat Malaysia dalam menilai sesuatu bentuk dan sesuatu benda. Meraka melihat dari segi akal dan logik itu dah betul, akan tetapi mereka semua terlupa akan sesuatu yang ada pada mereka iaitu ‘Hati’.

Jika kita kaji semula sejarah islam sebenarnya symbol tersebul telah diguna pakai oleh Nabi Sulaiman atau lebih dikenali dengan ‘’Bintang Daud’’. Symbol ini sangat terkenal masa pertengahan abad pada era kerajaan islam dikuasai oleh Nabi Sulaiman. Maka cop ini diguna pakai pada era tersebut. Maka dengan itu, dimanakah letaknya symbol itu adalah Israel dan Yahudi?! Sebenarnya mereka telah mengisytiharkan itu adalah lambang dan symbol mereka. Maka dengan itu, ramai orang-orang islam kini telah memandang serong terhadap symbol ini. Tidak hairan-lah jika Yahudi berkongsi Nabi Isa dengan umat islam tetapi cara kita mengenali Nabi Isa itu adalah berlainan. Sama jugalah kita dengan Indonesia, tidak hairan-lah jika meraka tuduh Malaysia curi adat Indonesia dan kita pula tuduh Indonesia curi adat Malaysia. Sebab kita ini adalah serumpun dan se-asia maka jangan-lah kita menyimpitkan pemikiran kita dek kerana adat dan budaya.

Sama seperti duit syiling tadi, kita kongsi Nabi yang sama, menceritakan Nabi yang sama, orang yang sama akan tetapi jalan cerita dan pengenalan tidak sama seperti yang Yahudi percaya. Itu hak mereka untuk mengunakkan lambang sebegitu sebab Nabi Isa ponw diturun kan untuk kaum Yahudi juga pada masa itu. Jika tidak salah aku lah. Tapi kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memikirkan benda yang lebih positif dan releven.

Jika anda semua mahukan bukti yang lebih kukuh dan lebih releven lah, aku dan UncleLimak dah lihat dan survey banyak tempat di Malaysia mahupun di luar Negara sekali-pun, cuba kalian semua perhatikan corak dan lakaran di dinding masjid terkemuka dunia tidak kira lah baru atau sudah beribu-ribu tahun lamanya di bina, mereka tetap mengunakan lambang tersebut, lambang yang dikatakan Israel dan Yahudi itu lah yang mereka pakai untuk menghiasi masjid dan surau yang dibina. Sedangkan, Sollahhuddin pejuang palestin juga mengunakan symbol yang sama ketika menawan BaitulMaqdis.
So, dimana letaknya lambang itu adalah Yahudi dan Israel?! Mungkin pada zaman ini mereka lebih kerap mengunakan lambang sebegini, saya simpulkan disini, mereka memang lah zionis dan Yahudi laknatullah, tetapi lambang itu tidak salah kita gunakan kerana lambang itu lah yang digunakan sejak zaman berzaman lagi. Malah masjid Cordova juga mengunakan symbol yang sama menghiasi dinding-nya, selain itu juga, cuba anda lihat di sejadah dan tikar permaidani yang membentang luas di masjid-masjid yang ada di dunia ini semua-nya mengunakan bentuk yang hampir sama dengan lambang zionis dan Yahudi ini.

Pendapat aku dan UncleLimak berbeza sedikit dari kamu semua, bagi kami mereka hanya mengunakan symbol yang hampir serupa sahaja, bukan lah bermaksud apa-apa. Yupz! Memang kita kena berwaspada dengan ancaman dan gerakkan mereka, tetapi bukan ini caranya untuk berjuang, bagi kami lambang yang ada pada duit syiling Malaysia itu seperti salah satu corak yang ada pada tikar yang diperbuat daripada tikar mengkuang.
Jika anda semua tidak suka akan duit syiling tersebut, kalian boleh-lah sedekah kepada orang yang memerlukan or korang sume bagi jerk dekat aku nie hahh.. lebih better. Korang xnk duit tue xpyah ckp bnyk.. bgi jerk dekt aku. Hak2.

Sempitnya Pemikiran rakyat Malaysia (Siri 2) – Freemason


Kisah ini berdasarkan pergaduhan kecil-kecilan antara UNCLELIMAK bersama seorang kawanya berperihal berkaitan freemason. Aku buat ini kisah bukan sebab aku sokong freemason, tapi kerana aku nak buka semua mata dan minda rakyat Malaysia tentang betapa sempit-nya pemikiran orang Malaysia sekarang tentang freemason ini. Bukan juga aku nak memburukkan rakyat Malaysia, tapi sekadar ingi berkongsi cerita tentang-nya sahaja.

Okeyh, mula sekali aku akan cerita serba sedikit tentang apa itu FREEMASON?

Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul antara akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka.

Ramai orang tahu tentang freemason ini, media massa pun telah banyak menceritakan tentang freemason ini. Tapi disini bukan-lah aku nak ceritakan perihal betape teruknya freemason or betapa kejamnya freemason ini, tetapi aku nak cerita perihal betapa resist-nya rakyat Malaysia tentang freemason terutama orang islam di Malaysia tercinta ini. Ingat..!! niat aku bercerita ini bukan-lah kerana aku sokong freemason tetapi aku nak buka minda rakyat Malaysia yang dah terlalu sempit dengan dakyah anti-freemason yang semakin lama semakin tidak masuk akal.

Ramai yang tahu Freemason itu adalah gambaran dari SegiTiga. Aku dan UncleLimak pun tahu freemason itu apa dan apa dakyah-nya kepada Negara Malaysia yang tercinta ini. Tetapi kesilapan rakyat Malaysia adalah dimana semua yang berbentuk segitiga adalah freemason. Kalau nak dikatakan pyramid itu adalah freemason boleh-lah diterima pakai, tapi takkan-lah pyramid makanan-pun nak di-freemason-kan??! Habis semua yang berbentuk segitiga di-freemason-kan. Tahu niat anda adalah untuk member tahu bahawa betapa teruk dan bahaya-nya jika orang islam terjerumus dengan freemason tersebut, akan tetapi takkan-lah pyramid makanan-pun freemason juga. Walaupun ia-nya dalah freemason dan pyramid makanan tue adalah segitiga dan nama pun ‘’pyramid’’ tidak semestinya ia adalah Freemason juga. Anda kena tahu mana satu adalah dakyah mereka, jangan disebabkan pemikiran otak yang sempit membuatkan anda tidak boleh berfikir dimana yang betul dan dimana yang salah.

Cuba anda bayangkan jika semua segitiga or pyramid adalah freemason susahlah hidup kita semua nanti. Sebenarnya tidak salah jika kita berhati-hati dan berjaga-jaga dengan langkah dan dakyah mereka semua ini, akan tetapi jangan anda semua memutar belitkan dengan fakta dan perkara yang belum tentunya sahih. Sebab daripada maklumat yang tidak tahu betul atau salah inilah yang akan jadi satu fitnah yang amat besar. Maka dengan itu anda pun tidak terkecuali menjadi warga Dajjal Laknattullah. Menyebarkan fitnah dengan berleluasa. Cukup-lah kita tidak mendekatinya dengan hati sudah cukup untuk menguatkkan iman di dada dan jangan fitnah benda-benda yang baik. Seperti pyramid makanan yang di samakan dengan lambang freemason.

Okeyh-lah, jika kita cerita pasal lambang yang ada dalam organisasi freemason, cuba anda semua perhatikan tidak salah saya lambang-nya lebih kurang seperti pembaris sesiku ‘L’ dan jangka lukis. Kenapa tidak kita haram-kan terus penggunaan peralatan tersebut sebab ia-nya adalah berkaitan dengan freemason jugakan?! Mengapa pyramid makanan juga yang dipersalahkan dan disamakan dengan freemason walaupun tiada ‘’all-eye-see’’ di tengah-tengah pyramid makanan tersebut?!

Orang Malaysia jika ingin berdakwah jangan-lah dek kerana ingin mengeluarkan perkara-perkara yang menarik tetapi fakta anda semua tidak masuk akal. Gaya anda untuk memberi tahu itu adalah benar akan tetapi jangan lah perkara yang benar diburukkan pula. Sebab tiada kaitan antara pyramid makanan dan freemason. Betul-kan persepsi anda tentang freemason.


Sempitnya Pemikiran rakyat Malaysia Siri 1


Assalammualaikum kepada pembaca blog UNCLELIMAK. Kali ini aku muncul dalam design yang baru dan isi yang baru. Sudah setahun lebih aku meninggalkan usang laman sesawang ini. Hak2. Okeyh.. Dalam banyak-banyak cerita, tajuk ini juga yang aku pilih, kenapa dengan pemikiran?? kenapa dengan kesempitan?? Kenapa pulaklah dengan manusia?? Dan yang paling pelik.. kenapa pulak dengan Malaysia?? Hak2. Pada mulanya tajuk ini di ilham kan oleh UncleLimak dari kejadian pergaduhan kecil-kecilan bersama seorang kawan yang mungkin ingin pertahankan fakta beliau dan UncleLimak juga ingin pertahankan fakta nya tersendiri. Maka dengan itu aku mengambil langkah untuk membuat satu artikel bersiri untuk memberi tahu betapa sempit-nya pemikiran orang di Malaysia yang tercinta ini. Hak2.

Artikel siri pertama ini aku akan bentang-kan dan jawab-kan segala persoalan dan tanda tanya yang ada di rangkap/perenggan pertama itu dulu. Persoalan yang pertama(1) adalah KENAPA PEMIKIRAN?? Manusia dikurnia akan akal sebagai fungsi kepada otak untuk berfikir. Mengapa manusia perlu berfikir? Sebab-nya adalah, bagi pembaca yang islam anda mesti sudah tahu dan kenal akan satu potong hadis yang amat popular dimana hadis tersebut mengatakan bahawa ‘’Allah jadikan manusia sebagai Khalifah dimuka bumi untuk mentadbir alam semesta ini’’ maka dengan itu Fikiran dan Pemikiran adalah amat penting kepada manusia yang bergelar Khalifah dimuka bumi ini. Tidak kisah-lah manusia itu Islam mahupun bukan Islam.

Persoalan yang kedua(2) adalah KENAPA KESEMPITAN?? Jika diterjemah-kan kesempitan itu adalah dari perkataan sempit yang membawa maksud kekurangan pada sesuatu ruang, jika ruang yang luas kita letak dan padat kan dengan sesuatu yang tidak perlu maka ia akan jadi sesuatu ruang yang dahulu nya luas makin jadi sempit dan padat dengan benda-benda yang sebenar-nya tidak perlu untuk diletak dan satu pembaziran yang amat sangat. Maka dengan itu jangan-lah kita semua sempit-kan ruang yang dah memang terbentang luas kat depan mata.

Persoalan yang ketiga(3) adalah KENAPA MANUSIA?? Aku rasa semua orang sudah tahu apakah itu manusia. Sebab satu(1)-satu(1) makhluk yang pandai membaca adalah manusia. Sebab itu-lah yang menulis ini-pun manusia juga. Manusia adalah makhluk yang dijadikan Allah serba lengkap tapi ada juga yang serba kekurangan. Maka dengan itu kita kene bersyukur yang membaca ini masih bernyawa lagi. Tapi kenapa dengan manusia pula topic ini?? Hak2. Sebab ia berkait rapat dengan persoalan keempat(4) kerana subjektif yang aku sasar-kan adalah golongan manusia. Sebab mereka ini boleh bertutur, boleh berfikir, boleh berkerja, boleh bergerak kesana dan kemari serta pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan oleh makhluk yang bergelar manusia ini.

Persoalan yang keempat(4) adalah KENAPA MALAYSIA?? Aku rasa semua orang tahu apa itu Malaysia. Ia-nya adalah sebuah Negara yang aman dan damai dengan penduduk yang berbilang kaum dan bangsa, ibarat iklan di kaca TV ‘’satu Negara satu bangsa’’ semua nya nak-kan satu(1) jerk. Jelas disitu Negara Malaysia penuh dengan warna warni bangsa yang ada dimuka bumi ini. Malaysia juga dikenali dengan dua(2) nama iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo. Malaysia berkongsi sempadan bersama Thailand, Indonesia dan Brunei dan juga Singapore, Vietnam, dan Philippines. Ibu Negara Malaysia adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Negara. Jika tidak salah aku-lah populasi penduduk di Malaysia adalah melebihi 29.7 juta dan lebih 22 juta orang penduduk adalah disemenanjung. Mungkin ia-nya akan bertambah setahun demi setahun.

Sebenar-nya bukan persoalan itu yang aku nak cerita-kan, sebab itu semua pembaca sudah terlebih tahu dan maha mengetahui-nya. Then, buat apa aku nak huraikan-nya. Topik yang aku nak ceritakan adalah betapa sempitnya pemikiran manusia di Malaysia yang tercinta ini. Ada beberapa agenda yang tiba-tiba sahaja menerjah masuk dalam Negara Malaysia tercinta ini rakyat-nya pula cepat sangat melatah dan bersuara mengeluarkan fatwa sesuka hati mereka. Benda ini terjadi ketika pergaduhan kecil-kecilan UNCLELIMAK bersama seorang kawan-nya tentang perihal FREEMASON. Maka dengan itu aku membuat satu post untuk blog aku ini bagi menerangkan semua perihal yang membabitkan rakyat Malaysia yang amat sempit pemikiran-nya. Pelbagai benda yang rakyat Malaysia ini terlalu memikirkan-nya menjadi terlalu sempit dan terlalu tidak betul dan kadang-kadang menjadi tidak masuk akal dan terlalu taksub dengan sesuatu benda. Sebagai manusia yang hidup di Malaysia jangan lah terlalu sempit kan pemikiran tersebut. Sebab nanti anda semua akan terjerumus dengan penyebaran berita dan maklumat yang tidak betul dan tambah menyesatkan pula nanti.

Tajuk-nya pun bersirikan, kita akan berjumpa dilain post untuk siri kedua(2) dengan tajuk yang sama. Tetapi siri tersebut kita dapat melihat dengan lebih jelas dari segi apakah rakyat Malaysia ini sempit, fizikal manakah yang rakyat Malaysia ini sempit. Cerita apakah UNCLELIMAK dengan kawan-nya. Sebenarnya niat aku bukanlah untuk mengutuk rakyat Malaysia atau bangsa aku itu sendiri. Tetapi bila aku start cakap, orang pangkah siap-siap dengan hujah ntah pelik-pelik-nya sampaikan adik-adik aku ponw yang sekolah rendah tue menjadi pelik dan keliru dengan dakyah diorang semua ini. Membuat-kan semua fakta menjadi pelik dan keliru semata-mata untuk mempertahankan fakta dan dakyah diorang. Maka dengan itu aku saja-lah nak buat artikel ini untuk memberi tahu apakah benda yang selalu disempitkan oleh pemikiran rakyat Malaysia. Sama-sama kita nantikan.