Sempitnya Pemikiran rakyat Malaysia (Siri 2) – Freemason
Posted by
UnCLe LiMak
| Thursday, November 15, 2012 at Thursday, November 15, 2012
1 comments
Labels :
Pemikiran yang Matang
Kisah ini berdasarkan pergaduhan kecil-kecilan antara
UNCLELIMAK bersama seorang kawanya berperihal berkaitan freemason. Aku buat ini
kisah bukan sebab aku sokong freemason, tapi kerana aku nak buka semua mata dan
minda rakyat Malaysia tentang betapa sempit-nya pemikiran orang Malaysia
sekarang tentang freemason ini. Bukan juga aku nak memburukkan rakyat Malaysia,
tapi sekadar ingi berkongsi cerita tentang-nya sahaja.
Okeyh, mula sekali aku akan cerita serba sedikit tentang apa
itu FREEMASON?
Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah
pertubuhan persaudaraan yang mula muncul antara akhir abad ke-16 dan awal abad
ke-17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5
juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah
dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka
percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui
mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara
ringkasnya adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau
‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali
digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka.
Ramai orang tahu tentang freemason ini, media
massa pun telah banyak menceritakan tentang freemason ini. Tapi disini
bukan-lah aku nak ceritakan perihal betape teruknya freemason or betapa
kejamnya freemason ini, tetapi aku nak cerita perihal betapa resist-nya rakyat
Malaysia tentang freemason terutama orang islam di Malaysia tercinta ini.
Ingat..!! niat aku bercerita ini bukan-lah kerana aku sokong freemason tetapi
aku nak buka minda rakyat Malaysia yang dah terlalu sempit dengan dakyah
anti-freemason yang semakin lama semakin tidak masuk akal.
Ramai yang tahu Freemason itu adalah gambaran
dari SegiTiga. Aku dan UncleLimak pun tahu freemason itu apa dan apa dakyah-nya
kepada Negara Malaysia yang tercinta ini. Tetapi kesilapan rakyat Malaysia
adalah dimana semua yang berbentuk segitiga adalah freemason. Kalau nak
dikatakan pyramid itu adalah freemason boleh-lah diterima pakai, tapi
takkan-lah pyramid makanan-pun nak di-freemason-kan??! Habis semua yang
berbentuk segitiga di-freemason-kan. Tahu niat anda adalah untuk member tahu
bahawa betapa teruk dan bahaya-nya jika orang islam terjerumus dengan freemason
tersebut, akan tetapi takkan-lah pyramid makanan-pun freemason juga. Walaupun
ia-nya dalah freemason dan pyramid makanan tue adalah segitiga dan nama pun
‘’pyramid’’ tidak semestinya ia adalah Freemason juga. Anda kena tahu mana satu
adalah dakyah mereka, jangan disebabkan pemikiran otak yang sempit membuatkan
anda tidak boleh berfikir dimana yang betul dan dimana yang salah.
Cuba anda bayangkan jika semua segitiga or
pyramid adalah freemason susahlah hidup kita semua nanti. Sebenarnya tidak
salah jika kita berhati-hati dan berjaga-jaga dengan langkah dan dakyah mereka
semua ini, akan tetapi jangan anda semua memutar belitkan dengan fakta dan
perkara yang belum tentunya sahih. Sebab daripada maklumat yang tidak tahu
betul atau salah inilah yang akan jadi satu fitnah yang amat besar. Maka dengan
itu anda pun tidak terkecuali menjadi warga Dajjal Laknattullah. Menyebarkan
fitnah dengan berleluasa. Cukup-lah kita tidak mendekatinya dengan hati sudah
cukup untuk menguatkkan iman di dada dan jangan fitnah benda-benda yang baik. Seperti
pyramid makanan yang di samakan dengan lambang freemason.
Okeyh-lah, jika kita cerita pasal lambang yang
ada dalam organisasi freemason, cuba anda semua perhatikan tidak salah saya
lambang-nya lebih kurang seperti pembaris sesiku ‘L’ dan jangka lukis. Kenapa tidak
kita haram-kan terus penggunaan peralatan tersebut sebab ia-nya adalah
berkaitan dengan freemason jugakan?! Mengapa pyramid makanan juga yang
dipersalahkan dan disamakan dengan freemason walaupun tiada ‘’all-eye-see’’ di
tengah-tengah pyramid makanan tersebut?!
Orang Malaysia jika ingin berdakwah jangan-lah
dek kerana ingin mengeluarkan perkara-perkara yang menarik tetapi fakta anda
semua tidak masuk akal. Gaya anda untuk memberi tahu itu adalah benar akan
tetapi jangan lah perkara yang benar diburukkan pula. Sebab tiada kaitan antara
pyramid makanan dan freemason. Betul-kan persepsi anda tentang freemason.
1 comments:
- UnCLe LiMak on November 15, 2012 at 10:40 AM said...
-
aku xthu kenapa bleh jadi putih. hak2.
-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)