Follow us on:

Pages

Novel – ISMI FA ISMAIL (Tiada Tajuk)


Alhamdulilah.. bertemu kita lagi dalam blog yang serba tak indah ini. Hak2. Kali ini saya ingin membuat satu review sebuah novel yang di karang oleh ISMI FA ISMAIL. Aku rasa semua orang kenal penulis ini sebab penulis penah buat satu novel yang bertajuk ‘Jangan Baca Novel Ini’ aku rasa aku ada review tetang novel tersebut. Memang menarik dan padat.

Wokeyh.. aku tahu dah lama buku nie release tapi aku baru jerk habis baca novel tersebut. Katanya adalah kronologi (sekuel) kapada novel ‘Jangan Baca Novel Ini’. Dekat MPH aku dapat tengok jerk.. tak dapat beli sebab duit tak cukup. Hak2. Tapi alhamdulilah.. orang yang teristimewa hadiahkan kepada aku. Yeahh..!!

Ia amat menarik, first perasaan aku tentang buku hitam yang tidak bertajuk getus hati aku ‘mesti ISMI FA ISMAIL nie.. ntah apalah yang dia nak merepek kali nie..’ Hak2. Memang betul pun dia. Tapi ia nya adalah kronologi?!! Wahhh.. tapi satu jerk yang aku rase aku teka adalah tepat.. selepas aku membaca novel ini ia-nya lebih kurang filem ‘Chronicle’. Aku rasa jerk. Hak3. Aku Cuma heran kenapa orang letak juga tajuk dekat novel nie ‘Tiada Tajuk’ kan itu boleh juga jadi sebagai sebuah tajuk. Hak2. Aku dah pening. Jom kita review..

Okeyh.. ceritanya merungkaikan novel ‘Jangan Baca Novel Ini’ bagaimana terjadinya sebuah ‘cerita 1, cerita 2 dan sebagainya’ tapi.. dalam novel sekuel ini juga ada terjadi nya ‘kisah 1, dan kisah 2 dan sebagainya’ so, dari situ kita tahu dari mana munculnya seorang budak tue, mana datang nya kemboja tersebut, pandai penulis ini membahagikan plot dalam cerita nya untuk menubuhkan sekuel-nya.

Cerita yang amat menarik, berkaitan pula dengan Sci-Fi dan putar belitkan dengan beberapa organisasi – organisasi tertentu. Aku rasa penulis ini sedang membayangkan sebuah filem Cuma di adaptasikan di dalam sebuah novel sahaja. Aku rasa mustahil untuk Pengarah Malaysia untuk menghasilkan filem sebegini rupa.. Alih-alih bomoh, pawang, hantu-hantu. Tapi berbeza pula dengan ISMI FA ISMAIL ini, dia memang mengaitkan tentang fakta dan segala yang di rungkai mesti berkaitan dan tepat. Walaupun ia-nya adalah sebuat fantasy. Bagi aku.. cerita semua nya fantasy tapi siapa yang pandai menrungkai dengan fakta yang tepat ia-nya akan jadi seperti reality.

Syabas kepada ISMI FA ISMAIL sebab Berjaya menghasilkan novel yang aku rasa perfect. Part yang aku suka adalah bila mana perkataan ‘sebuah van besar dan bercermin serba gelap’ aku comfirm terbayangkan van jenama HIACE yenag bersar tue dan bercermin gelap. Hak2. Aku tak nak cerita synopsis sebab ia-nya adalah sekuel kepada novel sebelum nya.

Pandai – pandai korang lah cari novel ‘Jangan Baca Novel ini’ then cari lah novel berkulit hitam yang tanpa tajuk. Apa lah dalam otak penulis ini.. berani betul dia buat novel yang tak ada tajuk langsung. Memang otak penulis nie cuba untuk mencabar pemikiran rakyat Malaysia. Syabas pada penulis. Hak2.


Try lah baca novel ini.. terbaikk..!!