Follow us on:

Pages

Kefahaman Rakyat Malaysia – Himpunan Bersih


Kali ini aku nak bentangkan pasal Himpunan Bersih pula. Perkara nie memang buat aku paling kelakar dan tergelak besar dengan isu ini. Sampai-kan member antara member-pun boleh buat bergaduh nie. Dah terlalu parah bila benda nie jadi lebih teruk.

Cerita ini memang dah lama basi. Aku sahaja jerk nak naikkan semula. Ini-pun atas permintaan UncleLimak juga sebab yang bergaduh tue-lah kawan-kawan dye. Aku just ceritakan semula sahaja apa yang UncleLimak cerita dekat aku. Ada-lah aku tambah-tambah sikit mengikut pendapat dan pengalaman aku. UncleLImak kata Orite..! jerk. Hak2.

Okeyh. Ini adalah pamplate yang di gunakan peserta bersih. Kita semua boleh melihat apakah tuntutan bersih ini.

Setahu aku-lah bersih ini ada versi-versi nya sendiri. Setakat ini yang aku tahu baru Bersih 3.0 rasanye. Maybe akan ada-nya versi Bersih 4.0 pulak.

Pada pendapat UncleLimak, beliau menegaskan bahawa Bersih ini tidak salah, sebab usul nie mereka menuntut supaya Politik di Malaysia berlaku lebih adil dan telus. Cuma apa yang UncleLimak bagi tahu aku, apa yang dye tekan-kan adalah cara dan kaedah yang digunakan tidak akan berkesan dan bertambah buruk daripada yang disangka-kan. Bagi pendapat aku pula, Bersih ini tidak salah. Sama macam UncleLimak cakap juga lah. Cuma ia bertukar menjadi kotor apabila ia berhimpun. Bagi aku bersih nie seperti kita bagi satu memorandum atau proposal pada sesuatu organisasi tapi dengan cara berhimpun. Maybe sebab apa yang rakyat suarakan selama ini dah tiada orang dengar agaknya maka himpunan beramai-ramai adalah cara terbaik untuk menarik perhatian berwajib.

Apa yang dapat kita semua saksikan, pelbagai perkara yang terjadi keatas himpunan Bersih tersebut, pelbagai cabaran dan dugaan yang ditempuh oleh rakyat yang ingin kan suara mereka di nilai dan pertimbangkan. Rentetan daripada Bersih 1, 2 dan 3 semakin lama semakin mencabar. Jika kita dapat lihat seperti satu bala tentera ramai-nya. Seolah-olah sebuah tentera berjersi kuning. Hak2.

Selain itu, mereka meminta untuk beberape tuntutan mereka itu diguna pakai bagi PRU-PRU yang akan dating nanti. Apa yang aku dan UncleLimak lihat dari segi tersuratnya adalah, tuntutan mereka adalah amat tepat dan sesuai lah dengan keadaan politik Malaysia yang terlalu kotor dengan rasuah dan riba’ yang amat-amat melampau. Kadang-kadang hanya menguntungkan kaum kroni-nya sahaja. Anda tahu parti mana yang saya maksudkan??! Hak2. Tambahan lagi, mereka hanya memandang enteng terhadap amalan rasuah ini. Sebagai contoh, jika pesalah rasuah hanya hukaman yang sangat-sangat ringan sehinggakan pesalah tersebut tidak ada rasa bersalah langsung kerana dek rasuah. Itu adalah amat membimbangkan aku dan UncleLimak.
Okeyh. Aku akan ceritakan apa sebenarnya yang tersurat dan kaitanya dengan tersirat yang telah disuarakan oleh UncleLimak sehinggalah perang mulut terjadi antara membernya.

Pada satu hari, cewahh.. Unclelimak dan seorang kawan-nya mengajak kawan-kawan-nya bermain bowling selepas beberapa hati himpunan Bersih itu terjadi. Malangnya jadi sebaliknya pula. Dua orang kawan Unclelimak bergaduh pasal politik. Seorang Pro-kerajaan dan seorang Pro-Pembakang. Aku malas nak cerita kan bagaimana mereka bergaduh dan apa yang mereka gaduhkan sebab itu hal politik. Ini adalah slot Bersih. Hak2.

Sebenarnya ada perkara yang tersirat dalam menilai sesuatu perkara. Anda harus tahu, lihat dengan mata hati jangan sekadar akal semata-mata. Cuba kita semua lihat apa yang terjadi pada suasana sekitar himpunan tersebut. Teruk?! Ada yang jawab ‘kat Gaza lagi teruk’ jawaban itu tidak masuk akal langsung. Adakah situasi kita sama macam Gaza?! Adakah anda ingin Negara Malaysia jadi seperti Gaza?! Usul yang di sampaikan adalah tepat, akan tetapi caranya penyampaian nya tidak beberapa kesan dan efektif. Kita jika ingin sesuatu kena lah buat yang terbaik, bukanya menghuru-harakan lagi keadaan yang dah memang huru-hara nie.

Jika kita lihat beberapa tuntutan yang tidak munasabah pun ada juga. Jika anda cakap pihak kerajaan hanya untungkan Kroni nya sahaja tapi tuntutan Bersih aku tengok ada sahaja yang berat kearah pembangkang. Anda kata ini untuk Bersihkan system kerajaan kan?! Macam mana ada tuntutan yang sangat berat sebelah pada pembangkang. Anda boleh fikirkan sendiri tuntutan yang mana satu kan?!

Kemudian, tuntutan Akses Media yang Bebas dan Adil. Benda ini aku tidak berapa nak setuju sebab benda macam ini boleh mendatangkan perpecahan kaum malah MELAYU akan hancur gara-gara pengaruh media massa yang ntah betul ntah tidak. Ada sebab kenapa kerajaan tidak bagi hak kebebasan media. Cuba anda bayangkan hanya dek kerana sekotak TV sahaja rakyat Malaysia boleh terkemaruh, wujudnya blog-blog seperti  ‘Kami Boikot TV3’ dan berbagai lagi lah blog menyatakan mereka ini anti-kerajaan. Tapi bagi UncleLimak, mereka ini lah salah satu bukti dan contoh yang mereka ini mudah terpengaruh dengan media massa. Mereka Boikot TV3 tersebut masa kejadian Bersih, akan tetapi melihat juga berita TV3 sebab ingin melihat dan ingin memaki hamun dihadapan TV yang berita tersebut berat sebelah. Adakah anda semua tidak perasan?! Kata boikot TV3.. kenapa anda lihat juga TV3?! Bagi aku lah kalau boikot, kita tidak akan guna dan lihat langsung akan benda tersebut. So??!! Itu lah kelemahan rakyat Malaysia dalam siri Mem-Boikot. Oleh kerana sekotak TV sahaja rakyat Malaysia terutama Melayu Islam boleh bertekak dan maki hamun dekat pusat bowling. Boleh kew bagi hak bebas untuk media, ini akan menambahkan lagi hura-hara pada Negara oleh kerana fitnah yang betul ntah tidak. Maka wajarkan wujud nya siaran untuk parti pembangkang?! Ia-akan membuatkan Negara lebih hura-hara adalah. Jika pembangkang menang satu hari nanti maka hak media tersebut jatuh pada anda juga. Insya’allah. Then benda ini akan rolling balik dimana parti yang dulu nya kerajaan akan meminta hak media juga pada anda. See.. jika anda Nampak point saya maka anda berada dilandasan cerita saya yang betul. Jika tidak paham sila baca semula. Hak2.

Kita membuat tuntutan sebegitu memang lah betul dan sesuai akan tetapi ia-nya mencetuskan hura-hara pada keamanan Negara dan sejagat. Ramai orang bagi alasan untuk mencapai target kita perlukan pengorbanan. Bagi aku dan UncleLimak pula target memang perlukan pengorbanan akan tetapi, takkan-lah sesama bangsa dan kaum pun kita hendak bergaduh. Kata himpunan Bersih ini aman?! Tapi kenapa dengan begaduh dengan sesama melayu pun ada malah lebih teruk pula tue. Alasanya, pendapat tidak sama?! Semua orang pendapat tidak sama tapi takkan-lah sampai nak bergaduh antara satu sama lain terutama dikalangan melayu sendiri dan sesame islam.

Aku pun sokong juga bersih nie tapi yang buat aku bengang sangat-sangat kenapa perlu dipolitikan Bersih ini!! Kenapa??!! Bukankah ini satu badan NGO yang BERSIH dari mana-mana pihak parti sekalipun malah ia-nya datang dari setiap pelusuk dan corok Malaysia nie sepatutnya menjadi perpaduan Ummah sejagat tidak kiralah berpartikan apa pun seseorang itu tapi Bersih ini adalah untuk Membersihkan POLITIK bukan-nya ditujukan kepada sesuatu pihak sahaja. Itu dah jadi tidak adil.

Kalian semua kena tahu juga, dalam politik bukan semua-nya kerajaan ada juga orang-orang yang dari pembangkang juga. So, Bersih ini adalah untuk membersih system politik yang ada di Malaysia ini. Tidak kisah lah siapa yang menguasai pun Bersih tetap lah dengan bersih tapi jangan lah di Politikan pula dengan campur tangan dan ceramah dari pro-pro pembangkang mahupun kerajaan.

Bila sesuatu kejadian berlaku yang pro-pembangkang tuduh pro-kerajaan dan sebaliknya. bukankah itu membuatkan lagi perpecahan ummah??! Yang memalukan aku dan UncleLimak adalah Pro-Pro tue semua orang MELAYU dan ISLAM pula tue. Bertambah bengang UncleLimak lagi, bila UncleLimak cakap macam tue mereka gelar UncleLimak adalah pencacai dan kuli kerajaan. Aku dengar pun boleh menyirap darah sampai kat kepala. Tapi UncleLimak steady jerk.. aku kenal UncleLimak tue. First aku nak Tanya korang yang Pro-pembangkang nie tidak rasa juga kew yang korang pun pencacai dan kuli??! Kita semua bergaduh disebabkan kuasa untuk pemimpin-pemimpin yang tengah duduk senang dalam bilik Air-Cond tue??! Hak mengundi itu hak individu, jangan korang judge main serkap jarang jerk.. ntah-ntah UncleLimak tue orang kuat PAS.

Apa yang aku dan UncleLimak nak tekan bahawa Bersih bukan lah satu badan atau parti politik untuk di politikan. Korang semua kene tahu dimana satu tuntutan dan dimana satu berkempen. Aku dan UncleLimak sangat-sangat benci pada orang yang mengambil kesempatan dalam mempolitikan Bersih. Korang kena tahu yang Bersih ini adalah apa then baru lah berhimpun. Kalau nak tumbangkan kerajaan itu bukan Bersih namanya, itu adalah PEMBERONTAKKAN. Semua rakyat kena balajar bahasa melayu semula baik dari Pro-Pembangkang mahupun Pro-kerajaan. Jika kita lihat rakyat sudah itu bersatu dan berummah dek kerana batasan politik.

Maka dengan ini, aku dan UncleLimak berharap apabila Bersih 4.0 nanti jangan lah ada apa-apa kaitan dengan mana-mana politik sekalipun even member ceramah sekalipun. Aku dan UncleLimak ingin kan keamanan dalam berhimpun, bukan-nya satu rusuhan dan merusuh sana dan sini. Tolong-lah buka minda dan pemikiran yang terlalu sempit dengan menyalahkan pada satu pihak sahaja. Setiap yang berlaku ada baik dan buruknya. Jika buruk itu lebih banyak maka tinggalkan lah, jika baik labih banyak maka lakukan lah. Anda semua sudah besar panjang, takkan disebabkan parti politik dan himpunan Bersih ini anda semua nak berkelahi dan memutuskan silaturrahim dengan bergaduh dan merusuh.

Okeyh. Semoga bertemu lagi dilain label.