Follow us on:

Pages

Novel - Coke and Sundae


Okeyh bertemu kita kembali dengan label yang baru iaitu novel. Kali ini aku ingin berkongsi synopsis tentang novel Coke and Sundae. Ia nya di karang oleh Ilyaa Abdullah. Jika tidak salah aku harga-nya sekitar RM18 untuk SN dan RM21 untuk S/S.

Novel ini mengisahkan tentang dua perisa yang sangat-sangat berbeza. Jika kita lihat dari segi personality pada Coke tentulah seorang yang agak kasar macam ‘The Rock’ dan ‘tough’, itu lah Azyan seorang gadis yang sangat comel dan manis di mata seorang lelaki bernama Syakir iaitu Mr. Sundae. Jika kita lihat dari personality Mr. Sundae, syakir seorang yang lemah lembut dan berhikmah. Setiap kata-kata nya membawa makna yang tersirat.

Oleh kerana personality dan perisa yang sangat-sangat berbeza mereka berdua ini tidak ubah seperti anjing dan kucing. Dunia sekarang, anjing dan kucing pun dah berbaik. Tetapi mereka pantang bersua, pasti akan berperang mulut, tangan dan kaki semua nya diangkat. Cuma tidak angkat senjata jerk. Personality yang ingin disampaikan oleh penulis amat lah berkesan dan pembaca dapat menjiwai nya dengan lebih mudah dan tidak ‘complicated’, tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya Mejar Idris; Azyan merupakan seorang yang tough’ tetapi maskulin. Ini membuatkan Mrs. Coke mendambakan lelaki yang lebih hebat dan perkasa daripada dirinya sendiri. Percintaan yang digambarkan oleh penulis amat lah teliti dan berkait serta berantai, setiap perkara dikaitkan seolah-oleh pembaca dapat mengambarkan seperti sebuah filem komedi romantik.

Mr. Sundae pula seorang yang amat pendiam dan memendam akan tetapi jauh disudut hati Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan, malangnya Syakir bukanlah seorang mat jiwang karat yang melampu. Syakir geli untk mengucapkan perkataan ‘’I love you’’ mahupun ‘’sayang’’ kepada Azyan. Cara Mr. Sundae untuk menarik perhatian Azyan adalah melalui kata-katanya yang sangat pedas lagikan berbeza. Penulis memberikan gambaran yang amat tepat tentang Mr. Sundae nya dengan kata-kata yang amat tersirat. Jika and abaca lebih teliti, Syakir adalah seorang yang romantic dari segi perbuatan dan tingkah lakunya.

Bagi aku dan UncleLimak merasakan novel ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat dan seisi keluarga. Sebab ia banyak mengisah cara hidup orang muda dan pelajar kini. Sebuah kisah percintaan yang sangat-sangat di-dreaming-kan oleh semua orang. Dari segi konflik dan masalah yang timbul bersama keluarga dan sahabat, penulis amat menitik beratkan cara untk penyelesaian-nya. Berbanding dengan novel yang lainya hanya membiarkan konflik itu tergantung dan tiada jalan selesai yang betul. Novel ini, UncleLimak cakap kalau boleh dijadikan sebuah filem or di-filemkan, maka buat julung-julung kali-nya (kira 1st lah) UncleLimak akan beli DVD secara original-nya. Hak2. Aku rasa sudah ada keluaran Coke and Sundae siri kedua pula. Selamat membaca semua.