Follow us on:

Pages

Untuk apa Aku Hidup?!



Okeyh, adakah itu satu persoalan?! Bukan apa kawan-kawan, ramai orang di luar sana tidak sama seperti kita kat sini yang dah tahu kenapa kita hidup. Mungkin kita semua sekolah Agama dah tahu jawaban-nya. Bahkan, ada juga kawan-kawan UncleLimak yang sekolah agama-pun bertanyakan soalan yang sama seperti orang-orang biasa suarakan. ‘untuk apa Aku Hidup’ satu ungkapan yang penuh dan sarat dengan makna tersurat dan tersirat sebenarnya ia-nya adalah menyeluruh dan sangat luas untuk di bentangkan serta di rungkaikan. Maklum sajalah aku nie bukan lah ustaz dan ahli-ahli agama untuk merungkaikan. Tapi, aku bertanyakan pada UncleLimak dan kami berdua rasa ia sangat menarik memandangkan banyak idea boleh di olah semula dan di bincangkan. Moge kalian semua dapat manfaatnya.
Firstly, aku nak korang pikirkan untuk apa pen diciptakan?! Okeyh. untuk menulis. Tapi untuk menulis mengunakan smartphone or kapur-pun boleh jugakan. Maka dengan itu, pen or pensil digunakan untuk melakarkan kata-kata. Tanpa pen siapa lah buku or kertas. Rite?! Cuba korang fikirkan pulak untuk apa kertas or buku diciptakan. Comfirm korang semua faham concept-nya. Hak2. Or korang masih tak faham lagi concept-nya. Tak apa, aku akan bagi contoh yang lain pula.

Second, aku nak korang pikirkan untuk apa Jam diciptakan?! Okeyh, untuk menentukan masa. Tapi yang lebih tepat lagi sebenarnya adalah ‘mengukur’ masa. Kenapa ukur?! UncleLimak cakap ‘tentu’ Allah kita manusia hanya boleh merancan sahaja. Hak2. See?! Jam diciptakan untuk mengukur masa. Korang Nampak tidak apa sebenarnya kita ini diciptakan?! Hak2. Tak faham lagi?! Hak2. Tak apa, anda boleh baca seterusnya. Okeyh.

Sebenarnya manusia diwujudkan bukan secara kebetulan semata-mata. Itu semua adalah ketentuan Allah. Kenapa anda wujud adalah sebab lain tidak bukan kerana Allah yang telah ciptakan kita semua. Siapa yang bukan islam itu aku tak tahu-lah siapa yang ciptakan korang tapi ajaran aku mengatakan semua manusia diciptakan oleh Allah. Yeahh!! Oleh sebab kita ini wujud didunia hanya-lah sekali maka dengan itu jangan lah kita mensia-siakan peluang yang ada dunia ini sebelum kita menkecapi akhirat kelak. Ingat! Hidup bukan untuk enjoy.. tapi untuk beribadat. Hek2.

Ada satu pepatah arab yang disebut, ‘’hidup tanpa tujuan ibarat sampan tanpa dayung’’ dah tak boleh nak kemana-mana sebab dayung tiada. Tapi bagi unclelimak pula boleh guna cara lain sebab ‘hendak seribu daya taknak seribu dalih’ so, kalau nak maka mendayung-lah even guna tangan sekali-pun. Hak2. That why hidup perlu ada tujuan. Itu lah sebab-nya kenapa anda semua hidup. Sebab semua kena ada tujuan dan matlamat masing-masing. Okeyh?! faham tak semua nie?! Hak2.

Bagi orang islam, tujuan kita hidup ini mesti ada kaitan dengan hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia-manusia serta makhluk-makhluk yang lain selain manusia. Maka dengan itu kita ini digelar sebagai ‘khalifah’ dimuka bumi ini jesteru itu kita di tuntut untuk menjaga hubungan kita dengan semua makhluk-makhluk Allah termasuk sesame kita sendiri. Ingat tue!

Maka dengan itu, jangan-lah kita dok sibuk bertanyakan persoalan yang sebenarnya kita sendiri sudah tahu jawabanya kerana kadang-kadang persoalan yang kita ajukan kepada Allah tersebut boleh jadi dosa dek kerana kita mempersoalkan ‘untuk apa aku hidup’ umpama kita mempersoalkan ‘kenapa matahari nie panas sangat?’ atau ‘kenapa bulan ada waktu malam sahaja.’ Okeyh tak?! Dah faham?! Hak2.


Pendek kata.. panjang tak kata apa. Hak2. Walau apa pun situasi anda beradakan kenalah percaya sebab dalam hidup kita nie-kan semua yang terjadi itu ada hikmah-nya.