Follow us on:
Inspection Di Terminal Bas Freesia - Tanah Rata (Cameron Highlands)
Lagak Gaya Inspector Building
Electrical Room
Letih
MAKAN NASI LEMAK DI TASIK UTP
Cowboy - Ketika di Cameron
Taman Permainan - DI Cameron
Sr. MUHAMMA KAMIL AKRAM

Pages

Sempitnya Pemikiran rakyat Malaysia (Siri 2) – Freemason


Kisah ini berdasarkan pergaduhan kecil-kecilan antara UNCLELIMAK bersama seorang kawanya berperihal berkaitan freemason. Aku buat ini kisah bukan sebab aku sokong freemason, tapi kerana aku nak buka semua mata dan minda rakyat Malaysia tentang betapa sempit-nya pemikiran orang Malaysia sekarang tentang freemason ini. Bukan juga aku nak memburukkan rakyat Malaysia, tapi sekadar ingi berkongsi cerita tentang-nya sahaja.

Okeyh, mula sekali aku akan cerita serba sedikit tentang apa itu FREEMASON?

Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul antara akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka.

Ramai orang tahu tentang freemason ini, media massa pun telah banyak menceritakan tentang freemason ini. Tapi disini bukan-lah aku nak ceritakan perihal betape teruknya freemason or betapa kejamnya freemason ini, tetapi aku nak cerita perihal betapa resist-nya rakyat Malaysia tentang freemason terutama orang islam di Malaysia tercinta ini. Ingat..!! niat aku bercerita ini bukan-lah kerana aku sokong freemason tetapi aku nak buka minda rakyat Malaysia yang dah terlalu sempit dengan dakyah anti-freemason yang semakin lama semakin tidak masuk akal.

Ramai yang tahu Freemason itu adalah gambaran dari SegiTiga. Aku dan UncleLimak pun tahu freemason itu apa dan apa dakyah-nya kepada Negara Malaysia yang tercinta ini. Tetapi kesilapan rakyat Malaysia adalah dimana semua yang berbentuk segitiga adalah freemason. Kalau nak dikatakan pyramid itu adalah freemason boleh-lah diterima pakai, tapi takkan-lah pyramid makanan-pun nak di-freemason-kan??! Habis semua yang berbentuk segitiga di-freemason-kan. Tahu niat anda adalah untuk member tahu bahawa betapa teruk dan bahaya-nya jika orang islam terjerumus dengan freemason tersebut, akan tetapi takkan-lah pyramid makanan-pun freemason juga. Walaupun ia-nya dalah freemason dan pyramid makanan tue adalah segitiga dan nama pun ‘’pyramid’’ tidak semestinya ia adalah Freemason juga. Anda kena tahu mana satu adalah dakyah mereka, jangan disebabkan pemikiran otak yang sempit membuatkan anda tidak boleh berfikir dimana yang betul dan dimana yang salah.

Cuba anda bayangkan jika semua segitiga or pyramid adalah freemason susahlah hidup kita semua nanti. Sebenarnya tidak salah jika kita berhati-hati dan berjaga-jaga dengan langkah dan dakyah mereka semua ini, akan tetapi jangan anda semua memutar belitkan dengan fakta dan perkara yang belum tentunya sahih. Sebab daripada maklumat yang tidak tahu betul atau salah inilah yang akan jadi satu fitnah yang amat besar. Maka dengan itu anda pun tidak terkecuali menjadi warga Dajjal Laknattullah. Menyebarkan fitnah dengan berleluasa. Cukup-lah kita tidak mendekatinya dengan hati sudah cukup untuk menguatkkan iman di dada dan jangan fitnah benda-benda yang baik. Seperti pyramid makanan yang di samakan dengan lambang freemason.

Okeyh-lah, jika kita cerita pasal lambang yang ada dalam organisasi freemason, cuba anda semua perhatikan tidak salah saya lambang-nya lebih kurang seperti pembaris sesiku ‘L’ dan jangka lukis. Kenapa tidak kita haram-kan terus penggunaan peralatan tersebut sebab ia-nya adalah berkaitan dengan freemason jugakan?! Mengapa pyramid makanan juga yang dipersalahkan dan disamakan dengan freemason walaupun tiada ‘’all-eye-see’’ di tengah-tengah pyramid makanan tersebut?!

Orang Malaysia jika ingin berdakwah jangan-lah dek kerana ingin mengeluarkan perkara-perkara yang menarik tetapi fakta anda semua tidak masuk akal. Gaya anda untuk memberi tahu itu adalah benar akan tetapi jangan lah perkara yang benar diburukkan pula. Sebab tiada kaitan antara pyramid makanan dan freemason. Betul-kan persepsi anda tentang freemason.


Sempitnya Pemikiran rakyat Malaysia Siri 1


Assalammualaikum kepada pembaca blog UNCLELIMAK. Kali ini aku muncul dalam design yang baru dan isi yang baru. Sudah setahun lebih aku meninggalkan usang laman sesawang ini. Hak2. Okeyh.. Dalam banyak-banyak cerita, tajuk ini juga yang aku pilih, kenapa dengan pemikiran?? kenapa dengan kesempitan?? Kenapa pulaklah dengan manusia?? Dan yang paling pelik.. kenapa pulak dengan Malaysia?? Hak2. Pada mulanya tajuk ini di ilham kan oleh UncleLimak dari kejadian pergaduhan kecil-kecilan bersama seorang kawan yang mungkin ingin pertahankan fakta beliau dan UncleLimak juga ingin pertahankan fakta nya tersendiri. Maka dengan itu aku mengambil langkah untuk membuat satu artikel bersiri untuk memberi tahu betapa sempit-nya pemikiran orang di Malaysia yang tercinta ini. Hak2.

Artikel siri pertama ini aku akan bentang-kan dan jawab-kan segala persoalan dan tanda tanya yang ada di rangkap/perenggan pertama itu dulu. Persoalan yang pertama(1) adalah KENAPA PEMIKIRAN?? Manusia dikurnia akan akal sebagai fungsi kepada otak untuk berfikir. Mengapa manusia perlu berfikir? Sebab-nya adalah, bagi pembaca yang islam anda mesti sudah tahu dan kenal akan satu potong hadis yang amat popular dimana hadis tersebut mengatakan bahawa ‘’Allah jadikan manusia sebagai Khalifah dimuka bumi untuk mentadbir alam semesta ini’’ maka dengan itu Fikiran dan Pemikiran adalah amat penting kepada manusia yang bergelar Khalifah dimuka bumi ini. Tidak kisah-lah manusia itu Islam mahupun bukan Islam.

Persoalan yang kedua(2) adalah KENAPA KESEMPITAN?? Jika diterjemah-kan kesempitan itu adalah dari perkataan sempit yang membawa maksud kekurangan pada sesuatu ruang, jika ruang yang luas kita letak dan padat kan dengan sesuatu yang tidak perlu maka ia akan jadi sesuatu ruang yang dahulu nya luas makin jadi sempit dan padat dengan benda-benda yang sebenar-nya tidak perlu untuk diletak dan satu pembaziran yang amat sangat. Maka dengan itu jangan-lah kita semua sempit-kan ruang yang dah memang terbentang luas kat depan mata.

Persoalan yang ketiga(3) adalah KENAPA MANUSIA?? Aku rasa semua orang sudah tahu apakah itu manusia. Sebab satu(1)-satu(1) makhluk yang pandai membaca adalah manusia. Sebab itu-lah yang menulis ini-pun manusia juga. Manusia adalah makhluk yang dijadikan Allah serba lengkap tapi ada juga yang serba kekurangan. Maka dengan itu kita kene bersyukur yang membaca ini masih bernyawa lagi. Tapi kenapa dengan manusia pula topic ini?? Hak2. Sebab ia berkait rapat dengan persoalan keempat(4) kerana subjektif yang aku sasar-kan adalah golongan manusia. Sebab mereka ini boleh bertutur, boleh berfikir, boleh berkerja, boleh bergerak kesana dan kemari serta pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan oleh makhluk yang bergelar manusia ini.

Persoalan yang keempat(4) adalah KENAPA MALAYSIA?? Aku rasa semua orang tahu apa itu Malaysia. Ia-nya adalah sebuah Negara yang aman dan damai dengan penduduk yang berbilang kaum dan bangsa, ibarat iklan di kaca TV ‘’satu Negara satu bangsa’’ semua nya nak-kan satu(1) jerk. Jelas disitu Negara Malaysia penuh dengan warna warni bangsa yang ada dimuka bumi ini. Malaysia juga dikenali dengan dua(2) nama iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo. Malaysia berkongsi sempadan bersama Thailand, Indonesia dan Brunei dan juga Singapore, Vietnam, dan Philippines. Ibu Negara Malaysia adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Negara. Jika tidak salah aku-lah populasi penduduk di Malaysia adalah melebihi 29.7 juta dan lebih 22 juta orang penduduk adalah disemenanjung. Mungkin ia-nya akan bertambah setahun demi setahun.

Sebenar-nya bukan persoalan itu yang aku nak cerita-kan, sebab itu semua pembaca sudah terlebih tahu dan maha mengetahui-nya. Then, buat apa aku nak huraikan-nya. Topik yang aku nak ceritakan adalah betapa sempitnya pemikiran manusia di Malaysia yang tercinta ini. Ada beberapa agenda yang tiba-tiba sahaja menerjah masuk dalam Negara Malaysia tercinta ini rakyat-nya pula cepat sangat melatah dan bersuara mengeluarkan fatwa sesuka hati mereka. Benda ini terjadi ketika pergaduhan kecil-kecilan UNCLELIMAK bersama seorang kawan-nya tentang perihal FREEMASON. Maka dengan itu aku membuat satu post untuk blog aku ini bagi menerangkan semua perihal yang membabitkan rakyat Malaysia yang amat sempit pemikiran-nya. Pelbagai benda yang rakyat Malaysia ini terlalu memikirkan-nya menjadi terlalu sempit dan terlalu tidak betul dan kadang-kadang menjadi tidak masuk akal dan terlalu taksub dengan sesuatu benda. Sebagai manusia yang hidup di Malaysia jangan lah terlalu sempit kan pemikiran tersebut. Sebab nanti anda semua akan terjerumus dengan penyebaran berita dan maklumat yang tidak betul dan tambah menyesatkan pula nanti.

Tajuk-nya pun bersirikan, kita akan berjumpa dilain post untuk siri kedua(2) dengan tajuk yang sama. Tetapi siri tersebut kita dapat melihat dengan lebih jelas dari segi apakah rakyat Malaysia ini sempit, fizikal manakah yang rakyat Malaysia ini sempit. Cerita apakah UNCLELIMAK dengan kawan-nya. Sebenarnya niat aku bukanlah untuk mengutuk rakyat Malaysia atau bangsa aku itu sendiri. Tetapi bila aku start cakap, orang pangkah siap-siap dengan hujah ntah pelik-pelik-nya sampaikan adik-adik aku ponw yang sekolah rendah tue menjadi pelik dan keliru dengan dakyah diorang semua ini. Membuat-kan semua fakta menjadi pelik dan keliru semata-mata untuk mempertahankan fakta dan dakyah diorang. Maka dengan itu aku saja-lah nak buat artikel ini untuk memberi tahu apakah benda yang selalu disempitkan oleh pemikiran rakyat Malaysia. Sama-sama kita nantikan.

Games Yang Menghina Islam (Wajib Baca)

GAMES YANG MENHINA ISLAM (WAJIB BACA)


1) Devil May Cry 3

KUALA LUMPUR: Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.








Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.

(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".





Dibandingkan dengan Pintu Kaabah yang sebenar. Sama kan?


2) Clive Barker Undying




Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapatnama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.






Berita mengenai permainan ini dirampas:
Permainan Undying dirampas kerana hina Islam

PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

3) Zack And Wiki





Luahan dari seorang gamer Wii:
Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Note: Korang boleh dengar laungan "Allahu Akbar" pada minit ke 0:20 & 0:44 pada video dibawah.




Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

4) Prince Of Persia




Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis,

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)





"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.

5) Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes





Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

6) Stronghold Crusader





Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.



Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.




Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap

Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.

b) Zodiak Virgo
Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.

[Image: 50px-Virgo.png]
Zodiak Virgo:


[Image: Copy+of+50px-Virgo.png]
Zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah:

Adakah simbol di dalam video game ini hanyalah zodiak Virgo yang terbalik atau memang sengaja menghina Islam?

8) Resident Evil 4





Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”

Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.





Lambang illuminati pada loket atau tangkal tersebut




Screenshot dari gameplay Resident Evil 4





Zoom pada pintu tersebut

Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.




Pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi

Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.





Perbezaan pintu dalam game dengan realiti





Selepas meletakkan logo illuminti game tersebut

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.
Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.



Kalau Anda Sayangkan Islam.. Kongsilah Artikel Ini Di Facebook Anda Untuk Memberi Kesedaran Kepada Mereka Yang Masih Lalai dan Leka Dengan Dunia Masa Kini..

Pasti Ramai Terkejut Kan.. Dan Pasti Salah Daripada Anda Pernah Main Games Yangg Tersenarai Diatas Ini Kan? Kan-kan.. So Apa Pendapat Anda???

Building Surveyor




that was i create. hek2.

ak skarang belajar dekat UiTM perak. cawangan seri iskandar. hak2.

mula2 ak xnk masuk. sbb bgi aku itu terlalu dekat2.

cita2 ak, nk blajaq tmpt yg jaohhhh...!!! nun.

besh. bile balik raya.

ak tgk member2 sbh or serwak bile nk balik cuti sem seronowk btol.

xmcm kte yg semenanjung nie. kn2.

hahh.. ak amek bidang building survey.

dlm bahasa malayu nya.. ukur bnggunan.

nmpk mcm simple tpi sush.

mmg simple. tpi completecated.

kerje nye melukis. mnghafal dan memahami.

dh lah kne mnghafal.. mngira plak laie. kne plak faham.

then melukis.. adoii..

org ckp pew.. 'gne otak knan dan kiri'

so.. mcm tue lah. kehidupan akuhh..

kelas kol 8 pg.. hbis mcm biase ptg. plg lmbt kol 6 ptg.

tapi.. ada tetapi nya..

wlaupun kelas habis ptg..

wktu mlm kne jadi "kelawar"

kne gne otak kreatif untk melukis.

bagi org mcm ak nie yg xdew basic fizik, kimia, dan bio. serta lukisan kejuruteraan..

mmg agak sukar skit lah untk tngkap sume nye dlm brape bulan untk final.

mule2 nk give up!!

tpi ayah ak cabar ak..!! hak2.

mmg aku sahut lah.

pntng aw dicabar nie.. hek2.

so.. kisah nya mcm tue lah.

mybe ad hkmah disebalik nye... btol x??

so sapew2 nk ak survey umah nye.. meh lah dtg kat akuhh,.. hek2..

mcm biasa kwn2.. msti lah kwn2 baru. roomate ponw besh2.

ak snarnya xthu nk bercerita.. so korng cari lah novel aku kt mne2 kdai bku..

bleh?? MPH ak rse ad kot.. hek2. Populor ponw ad. alahh.. kat pasar.. ko beli jerk CD pirates. ad nye org jual sejarah hidop ak. hak2. gurau2 jerk.

ti kte smbung laei yea.

chow...!!