Sempitnya Pemikiran Rakyat Malaysia (Siri 3) - Duit Syiling
Posted by
UnCLe LiMak
| Saturday, November 17, 2012 at Saturday, November 17, 2012
2
comments
Labels :
Pemikiran yang Matang
Aku tahu
perkara ini bukan lah asing/baru lagi di dengar tetapi sudah acap kali kita
mendengar dan membacanya di blog dan laman sesawang yang ada. Jika tidak salah
aku-lah perkara ini berbangkit sebelum duit syiling baru ini keluar sudah jadi
bualan mulut dan coretan pena-pena pada laman sesawang yang tumbuh macam
cendawan selepas hujan tue.. okeyh.
Suka aku
ingin maklum dan ingatkan yang apa yang aku coretkan ini bukan-lah sebab aku
sokong zionis, seperti di SIRI 2 bukan-lah aku sokong freemason, tetapi niat
aku adalah ingin merungkai dan menterjemahkan betapa lemahnya pemikiran rakyat Malaysia
dalam membuat andaian dan persepsi yang betul-betul tidak masuk dik-akal yang
dah terang-terang lagi bersuluh itu. Niat aku adalah untuk membuka mata semua
pihak, tidak kira dari mana latar belakang anda semua supaya berfikir secara
positif dan berhikmah. Sebab tubuh yang sihat bermula dari akal yang sihat or
terbalik ayat aku tue?? Hak2.
Mula sekali
aku akan tunjukkan gambar-gambar duit syiling baru yang telah bertambah biak
disekitar Malaysia ini.
Jika kita
lihat semua duit baru tersebut tanpa ada apa-apa yang dikaitkan dengan
mana-mana lambang, aku rasa tiada siapa-pun akan terfikir itu adalah Yahudi dan
Israel. Masalah orang Malaysia ini adalah suka mengaitkan dengan benda-benda
yang lain. Orang Malaysia nie bila dah tiada benda nak dikaitkan benda yang
tidak masuk akal-pun nak dikaitkan. Orang Malaysia nie, aku dan unclelimak
memang perasan, diorang suka kaitkan dengan benda-benda yang tidak masuk akal. Contoh,
benda-benda yang mistik. Betul.. kita orang islam tahu bukan kita sahaja
makhluk yang menetap dibumi ini. Tapi takkan-lah semua kejadian terjadi dengan
benda-benda mistik nie. Kita sebagai khalifah kene berfikir dengan lebih
mendalam dari pelbagai aspek dan rasional-nya.
Sekarang aku
bagi anda semua melihat gambar-gambar duit syiling yang telah di merge-kan
dengan lambang-lambang lain.
Jelas kita
lihat dimanakah yang dikatakan Yahudi dan Israel. Baru kita tahu dimanakah
bentuknya yang mereka kaitkan dengan lambang Yahudi dan Israel. Di situlah yang
aku dan UncleLimak ingin tunjukkan betapa sempit-nya pemikiran rakyat Malaysia dalam
menilai sesuatu bentuk dan sesuatu benda. Meraka melihat dari segi akal dan logik
itu dah betul, akan tetapi mereka semua terlupa akan sesuatu yang ada pada
mereka iaitu ‘Hati’.
Jika kita
kaji semula sejarah islam sebenarnya symbol tersebul telah diguna pakai oleh
Nabi Sulaiman atau lebih dikenali dengan ‘’Bintang Daud’’. Symbol ini sangat
terkenal masa pertengahan abad pada era kerajaan islam dikuasai oleh Nabi
Sulaiman. Maka cop ini diguna pakai pada era tersebut. Maka dengan itu,
dimanakah letaknya symbol itu adalah Israel dan Yahudi?! Sebenarnya mereka
telah mengisytiharkan itu adalah lambang dan symbol mereka. Maka dengan itu,
ramai orang-orang islam kini telah memandang serong terhadap symbol ini. Tidak hairan-lah
jika Yahudi berkongsi Nabi Isa dengan umat islam tetapi cara kita mengenali
Nabi Isa itu adalah berlainan. Sama jugalah kita dengan Indonesia, tidak
hairan-lah jika meraka tuduh Malaysia curi adat Indonesia dan kita pula tuduh Indonesia
curi adat Malaysia. Sebab kita ini adalah serumpun dan se-asia maka jangan-lah
kita menyimpitkan pemikiran kita dek kerana adat dan budaya.
Sama seperti
duit syiling tadi, kita kongsi Nabi yang sama, menceritakan Nabi yang sama,
orang yang sama akan tetapi jalan cerita dan pengenalan tidak sama seperti yang
Yahudi percaya. Itu hak mereka untuk mengunakkan lambang sebegitu sebab Nabi
Isa ponw diturun kan untuk kaum Yahudi juga pada masa itu. Jika tidak salah aku
lah. Tapi kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memikirkan benda yang lebih
positif dan releven.
Jika anda
semua mahukan bukti yang lebih kukuh dan lebih releven lah, aku dan UncleLimak
dah lihat dan survey banyak tempat di Malaysia mahupun di luar Negara sekali-pun,
cuba kalian semua perhatikan corak dan lakaran di dinding masjid terkemuka
dunia tidak kira lah baru atau sudah beribu-ribu tahun lamanya di bina, mereka
tetap mengunakan lambang tersebut, lambang yang dikatakan Israel dan Yahudi itu
lah yang mereka pakai untuk menghiasi masjid dan surau yang dibina. Sedangkan,
Sollahhuddin pejuang palestin juga mengunakan symbol yang sama ketika menawan
BaitulMaqdis.
So, dimana
letaknya lambang itu adalah Yahudi dan Israel?! Mungkin pada zaman ini mereka
lebih kerap mengunakan lambang sebegini, saya simpulkan disini, mereka memang
lah zionis dan Yahudi laknatullah, tetapi lambang itu tidak salah kita gunakan kerana
lambang itu lah yang digunakan sejak zaman berzaman lagi. Malah masjid Cordova
juga mengunakan symbol yang sama menghiasi dinding-nya, selain itu juga, cuba
anda lihat di sejadah dan tikar permaidani yang membentang luas di
masjid-masjid yang ada di dunia ini semua-nya mengunakan bentuk yang hampir
sama dengan lambang zionis dan Yahudi ini.
Pendapat aku
dan UncleLimak berbeza sedikit dari kamu semua, bagi kami mereka hanya
mengunakan symbol yang hampir serupa sahaja, bukan lah bermaksud apa-apa. Yupz!
Memang kita kena berwaspada dengan ancaman dan gerakkan mereka, tetapi bukan
ini caranya untuk berjuang, bagi kami lambang yang ada pada duit syiling Malaysia
itu seperti salah satu corak yang ada pada tikar yang diperbuat daripada tikar
mengkuang.
Jika anda semua tidak
suka akan duit syiling tersebut, kalian boleh-lah sedekah kepada orang yang
memerlukan or korang sume bagi jerk dekat aku nie hahh.. lebih better. Korang xnk
duit tue xpyah ckp bnyk.. bgi jerk dekt aku. Hak2.
2 comments:
- UnCLe LiMak on November 19, 2012 at 10:04 AM said...
-
sekadar share2..
-
-
sbenarnye lambang bintang berbucu enam ialah lambang bangsa arab ka'an larhh.bangsa arab ka'an sbenarnye penduduk tetp di arab,,Sollahhuddin menggunakn lmbang tu kt masjid yg di bina sbb untk mnghormati banga arab ka'an,orang israel mnggunakn lmbang tu untuk mnunjukkn yg die tu penduduk ttp kt arab,,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)