Follow us on:

Pages

Fakta atau Auta – Mandi Malam Mudarat/Manfaat



Acap kali kita mendengar amaran keras orang tua-tua dan dulu-dulu yang mandi malam ini bahaya dan boleh mendatangkan penyakit dan juga mengundang pelbagai masalah kesihatan. Macam ini bunyi-nya ‘oii.. jang!! Masuk umah copek dah nak sonjo nie, copek mandi kang tak elok mandi momalam.. sojuk!!’ itu kepada sesiapa anak jati Negeri Sembilan dan masih memiliki wan atau nenek maka anda akan faham bunyi-nya macam mana. Malah pada zaman sekarang yang serba moden ini juga masih ada lagi larangan-larangan seperti itu terdengar di corong-corong telinga.

Apakah ia-nya satu mitos bahawa mandi malam boleh mendatangkan mudarat pada kesihatan? Apakah benar persepsi tentang tabiat mandi waktu malam ini boleh mendatangkan penyakit teramat kronik? Aku ada dapat beberapa maklumat dari blog-blog lain pasal artikel ini dari kata-kata seorang pakar  penjagaan kesihatan Dr. Anies Tan, seorang doctor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stress. Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan system imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan yang lain.

kebanyakkan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegalan system dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini.’’ Kata doctor tersebut.

Menurut Dr. Anies Tan, air mandian suam boleh membuka liang-liang roma badan dan membantu menghilang toksin dalam badan. “mandi dengan air hangat boleh mengurangkan sakit otot dan membantu usus berfungsi dengan baik. Tapi kalau anda sedang mengalami stress, mandi dengan air sejuk boleh membantu.” katanya lagi.

Maka dengan itu, dimanakah datang-nya bahaya dan penyakit jika kita mandi. Point diatas aku rasa dah cukup kukuh untuk mangatakan bahawa mandi tidak lah mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa sahaja yang mengamalkan mandi ini.

Tetapi! Bagaimana dengan isu mandi pada waktu malam?

Point kita semua adalah mandi pada waktu malam adakah membawa kemudaratan kepada diri dan kesihatan? Itu yang aku dan UncleLimak ingin rungkaikan. Kata Dr. Anies Tan “Negara ini;Malaysia tercinta ini mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.” Tambahnya lagi, “Lainlah kalau anda menghidapi pneumonia dan tinggal di Negara yang mempunyai iklim musim sejuk yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit.” So, tang mana pulak info mengatakan mandi malam itu berbahaya dn memudaratkan.

Dr. Anies Tan berkata lagi, “amalan mandi adalah penting bagi gaya hidup sihat. Di hospital juga, pesakit yang boleh berjalan dan boleh mandi, mamang kami galakkan mandi. Sebab kegagalan mandi yang secukupnya boleh mendatang penyakit yang lain dan juga bau badan.” Kata beliau lagi “bacteria boleh bertindak pada peluh dan ini membangkitkan bau badan dan kesegaran mandi membuatkan badan lebih sihat selain membersihkan bacteria daripada permukaan kulit.” Benda macam ini lebih kurang macam prinsip yang sama pada amalan membasuh tangan sebelum makan lah.

ia satu amalan kebersihan yang baik bila kita kerap basuh tangan terutama sebelum makan, sama juga bila kita mandi walaupun pada waktu malam.” Tambah beliau untu menguatkan lagi faktanya.

Bagi UncleLimak larangan mandi malam adalah satu mitos dan lagenda semata-mata untuk mendisplinkan anak-anak dan cucu-cucunya daripada lewat balik rumah sebelum senja. Maka dengan itu terhasillah mudarat seperti penyakit yang sebenarnya tidak wujud bila kita mandi pada waktu malam di Malaysia tercinta ini.

Bagi aku Dr. Anies Tan ada menerangkan “bila kulit anda kering, ia bukanya kurang minyak tetapi kurang mengandungi air. Untuk itu, penjagaan kulit harian yang baek serta focus pada mandi dan penggunaan pelembab diperlukan.” Itu lah penyakit Ekzema kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami iritasi dan kegatalan dan bagi UncleLimak pula, tiada ubat bagi masalah ini selain daripada mandi. Hak2.

Tambah Dr. Anies Tan juga “pakar dernatologi (kulit) mengesyorkan mereka yang ada masalah ini supaya mandi dan mengunakkan pelembab pada waktu malam” lihat! PADA WAKTU MALAM.

Pendapat aku adalah untuk mereka yang malas mandi dan merasakan diri itu letih dan penat disebabkan aktiviti harian mereka yang padat memberikan alasan untuk mereka tidak mandi pada waktu malam, dengan alasan “penat kerja, esok pagi boleh mandi.” Apabila anda tidak membersihkan diri selepas anda keluar dari rumah badan yang penuh dengan bakteria itu lah punca segala penyakit yang datang mendampingi anda ketika tidur dan membuatkan anda lemah dan lesu kesokan harinya.

Maybe, pada dekad-dekad yang lampau zaman moyang-moyang kita dulu melarang mandi pada waktu malam adalah disebabkan faktor kekurangan kemudahan dan teknologi belum seberapa maju untk dibandingkan dengan sekarang yang mempunyak bilik mandi di dalam rumah berbanding zaman dahulu yang hanya mandi di perigi yang gelap dan berbahaya, mungkin disebabkan itu orang-orang dulu melarang mandi diwaktu malam.


Sekarang, dunia kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi sesiapa yang pulang pada waktu malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat anda beradu/tidur, sebab mandi juga membuatkan kalian dapat tidur dengan lebih lena dan membantu mengurangkan insomnia (gangguan susah tidur) dan juga mandi adalah satu amalan semula jadi bagi member regangan kepada minda dan badan.

Ada juga yang mengatakkan mandi malam akibat sejuk boleh mendatangkan paru-paru berair, tapi bagi UncleLimak, ia-nya memang lah betul tapi kita ini berada di Malaysia bukan nya di Ice-Land. Jika mandi malam akibat sejuk boleh mendatangkan penyakit bagaimana pula dengan mandi waktu pagi semasa ke sekolah, pejabat atau kuliah bukan kah waktu pagi maybe sebelum subuh lagi dah prepared untuk mandi adalah lebih sejuk berbanding waktu malam?! Fikir-fikirkan lah.

Malah, bagi umat islam anda mesti arif dengan petua dan amalan imam syafie dalam salah satu perkara yang dapat menguatkan badan adalah kerap mandi.

Oleh itu, anda semua boleh membaca dan menilai entry ini dengan lebih bijak dan terbuka. Artikel ini ada aku ambil maklumatnya dari blog lain tapi sumber masih sama dari Utusan Malaysia.