Sempitnya Pemikiran rakyat Malaysia Siri 1
Posted by
UnCLe LiMak
| Wednesday, November 14, 2012 at Wednesday, November 14, 2012
1 comments
Labels :
Pemikiran yang Matang
Assalammualaikum kepada pembaca blog UNCLELIMAK. Kali ini aku muncul dalam design yang baru dan isi yang baru. Sudah setahun lebih aku meninggalkan usang laman sesawang ini. Hak2. Okeyh.. Dalam banyak-banyak cerita, tajuk ini juga yang aku pilih, kenapa dengan pemikiran?? kenapa dengan kesempitan?? Kenapa pulaklah dengan manusia?? Dan yang paling pelik.. kenapa pulak dengan Malaysia?? Hak2. Pada mulanya tajuk ini di ilham kan oleh UncleLimak dari kejadian pergaduhan kecil-kecilan bersama seorang kawan yang mungkin ingin pertahankan fakta beliau dan UncleLimak juga ingin pertahankan fakta nya tersendiri. Maka dengan itu aku mengambil langkah untuk membuat satu artikel bersiri untuk memberi tahu betapa sempit-nya pemikiran orang di Malaysia yang tercinta ini. Hak2.
Artikel siri pertama ini aku
akan bentang-kan dan jawab-kan segala persoalan dan tanda tanya yang ada di
rangkap/perenggan pertama itu dulu. Persoalan yang pertama(1) adalah KENAPA
PEMIKIRAN?? Manusia dikurnia akan akal sebagai fungsi kepada otak untuk
berfikir. Mengapa manusia perlu berfikir? Sebab-nya adalah, bagi pembaca yang
islam anda mesti sudah tahu dan kenal akan satu potong hadis yang amat popular
dimana hadis tersebut mengatakan bahawa ‘’Allah jadikan manusia sebagai
Khalifah dimuka bumi untuk mentadbir alam semesta ini’’ maka dengan itu Fikiran
dan Pemikiran adalah amat penting kepada manusia yang bergelar Khalifah dimuka
bumi ini. Tidak kisah-lah manusia itu Islam mahupun bukan Islam.
Persoalan yang kedua(2)
adalah KENAPA KESEMPITAN?? Jika diterjemah-kan kesempitan itu adalah dari
perkataan sempit yang membawa maksud kekurangan pada sesuatu ruang, jika ruang
yang luas kita letak dan padat kan dengan sesuatu yang tidak perlu maka ia akan
jadi sesuatu ruang yang dahulu nya luas makin jadi sempit dan padat dengan
benda-benda yang sebenar-nya tidak perlu untuk diletak dan satu pembaziran yang
amat sangat. Maka dengan itu jangan-lah kita semua sempit-kan ruang yang dah
memang terbentang luas kat depan mata.
Persoalan yang ketiga(3)
adalah KENAPA MANUSIA?? Aku rasa semua orang sudah tahu apakah itu manusia.
Sebab satu(1)-satu(1) makhluk yang pandai membaca adalah manusia. Sebab itu-lah
yang menulis ini-pun manusia juga. Manusia adalah makhluk yang dijadikan Allah
serba lengkap tapi ada juga yang serba kekurangan. Maka dengan itu kita kene
bersyukur yang membaca ini masih bernyawa lagi. Tapi kenapa dengan manusia pula
topic ini?? Hak2. Sebab ia berkait rapat dengan persoalan keempat(4) kerana
subjektif yang aku sasar-kan adalah golongan manusia. Sebab mereka ini boleh
bertutur, boleh berfikir, boleh berkerja, boleh bergerak kesana dan kemari
serta pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan oleh makhluk yang bergelar
manusia ini.
Persoalan yang keempat(4)
adalah KENAPA MALAYSIA?? Aku rasa semua orang tahu apa itu Malaysia. Ia-nya
adalah sebuah Negara yang aman dan damai dengan penduduk yang berbilang kaum
dan bangsa, ibarat iklan di kaca TV ‘’satu Negara satu bangsa’’ semua nya
nak-kan satu(1) jerk. Jelas disitu Negara Malaysia penuh dengan warna warni
bangsa yang ada dimuka bumi ini. Malaysia juga dikenali dengan dua(2) nama
iaitu Semenanjung Malaysia dan Malaysia Borneo. Malaysia berkongsi sempadan
bersama Thailand, Indonesia dan Brunei dan juga Singapore, Vietnam, dan
Philippines. Ibu Negara Malaysia adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya sebagai
pusat pentadbiran Negara. Jika tidak salah aku-lah populasi penduduk di
Malaysia adalah melebihi 29.7 juta dan lebih 22 juta orang penduduk adalah
disemenanjung. Mungkin ia-nya akan bertambah setahun demi setahun.
Sebenar-nya bukan persoalan
itu yang aku nak cerita-kan, sebab itu semua pembaca sudah terlebih tahu dan
maha mengetahui-nya. Then, buat apa aku nak huraikan-nya. Topik yang aku nak
ceritakan adalah betapa sempitnya pemikiran manusia di Malaysia yang tercinta
ini. Ada beberapa agenda yang tiba-tiba sahaja menerjah masuk dalam Negara
Malaysia tercinta ini rakyat-nya pula cepat sangat melatah dan bersuara
mengeluarkan fatwa sesuka hati mereka. Benda ini terjadi ketika pergaduhan
kecil-kecilan UNCLELIMAK bersama seorang kawan-nya tentang perihal FREEMASON.
Maka dengan itu aku membuat satu post untuk blog aku ini bagi menerangkan semua
perihal yang membabitkan rakyat Malaysia yang amat sempit pemikiran-nya.
Pelbagai benda yang rakyat Malaysia ini terlalu memikirkan-nya menjadi terlalu
sempit dan terlalu tidak betul dan kadang-kadang menjadi tidak masuk akal dan
terlalu taksub dengan sesuatu benda. Sebagai manusia yang hidup di Malaysia
jangan lah terlalu sempit kan pemikiran tersebut. Sebab nanti anda semua akan
terjerumus dengan penyebaran berita dan maklumat yang tidak betul dan tambah
menyesatkan pula nanti.
Tajuk-nya pun bersirikan,
kita akan berjumpa dilain post untuk siri kedua(2) dengan tajuk yang sama.
Tetapi siri tersebut kita dapat melihat dengan lebih jelas dari segi apakah
rakyat Malaysia ini sempit, fizikal manakah yang rakyat Malaysia ini sempit.
Cerita apakah UNCLELIMAK dengan kawan-nya. Sebenarnya niat aku bukanlah untuk
mengutuk rakyat Malaysia atau bangsa aku itu sendiri. Tetapi bila aku start
cakap, orang pangkah siap-siap dengan hujah ntah pelik-pelik-nya sampaikan
adik-adik aku ponw yang sekolah rendah tue menjadi pelik dan keliru dengan
dakyah diorang semua ini. Membuat-kan semua fakta menjadi pelik dan keliru
semata-mata untuk mempertahankan fakta dan dakyah diorang. Maka dengan itu aku
saja-lah nak buat artikel ini untuk memberi tahu apakah benda yang selalu
disempitkan oleh pemikiran rakyat Malaysia. Sama-sama kita nantikan.
1 comments:
- UnCLe LiMak on November 15, 2012 at 2:53 PM said...
-
yeahh.. nantikan siri2 yang berikutnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)