Follow us on:
Inspection Di Terminal Bas Freesia - Tanah Rata (Cameron Highlands)
Lagak Gaya Inspector Building
Electrical Room
Letih
MAKAN NASI LEMAK DI TASIK UTP
Cowboy - Ketika di Cameron
Taman Permainan - DI Cameron
Sr. MUHAMMA KAMIL AKRAM

Pages

Untuk apa Aku Hidup?!



Okeyh, adakah itu satu persoalan?! Bukan apa kawan-kawan, ramai orang di luar sana tidak sama seperti kita kat sini yang dah tahu kenapa kita hidup. Mungkin kita semua sekolah Agama dah tahu jawaban-nya. Bahkan, ada juga kawan-kawan UncleLimak yang sekolah agama-pun bertanyakan soalan yang sama seperti orang-orang biasa suarakan. ‘untuk apa Aku Hidup’ satu ungkapan yang penuh dan sarat dengan makna tersurat dan tersirat sebenarnya ia-nya adalah menyeluruh dan sangat luas untuk di bentangkan serta di rungkaikan. Maklum sajalah aku nie bukan lah ustaz dan ahli-ahli agama untuk merungkaikan. Tapi, aku bertanyakan pada UncleLimak dan kami berdua rasa ia sangat menarik memandangkan banyak idea boleh di olah semula dan di bincangkan. Moge kalian semua dapat manfaatnya.
Firstly, aku nak korang pikirkan untuk apa pen diciptakan?! Okeyh. untuk menulis. Tapi untuk menulis mengunakan smartphone or kapur-pun boleh jugakan. Maka dengan itu, pen or pensil digunakan untuk melakarkan kata-kata. Tanpa pen siapa lah buku or kertas. Rite?! Cuba korang fikirkan pulak untuk apa kertas or buku diciptakan. Comfirm korang semua faham concept-nya. Hak2. Or korang masih tak faham lagi concept-nya. Tak apa, aku akan bagi contoh yang lain pula.

Second, aku nak korang pikirkan untuk apa Jam diciptakan?! Okeyh, untuk menentukan masa. Tapi yang lebih tepat lagi sebenarnya adalah ‘mengukur’ masa. Kenapa ukur?! UncleLimak cakap ‘tentu’ Allah kita manusia hanya boleh merancan sahaja. Hak2. See?! Jam diciptakan untuk mengukur masa. Korang Nampak tidak apa sebenarnya kita ini diciptakan?! Hak2. Tak faham lagi?! Hak2. Tak apa, anda boleh baca seterusnya. Okeyh.

Sebenarnya manusia diwujudkan bukan secara kebetulan semata-mata. Itu semua adalah ketentuan Allah. Kenapa anda wujud adalah sebab lain tidak bukan kerana Allah yang telah ciptakan kita semua. Siapa yang bukan islam itu aku tak tahu-lah siapa yang ciptakan korang tapi ajaran aku mengatakan semua manusia diciptakan oleh Allah. Yeahh!! Oleh sebab kita ini wujud didunia hanya-lah sekali maka dengan itu jangan lah kita mensia-siakan peluang yang ada dunia ini sebelum kita menkecapi akhirat kelak. Ingat! Hidup bukan untuk enjoy.. tapi untuk beribadat. Hek2.

Ada satu pepatah arab yang disebut, ‘’hidup tanpa tujuan ibarat sampan tanpa dayung’’ dah tak boleh nak kemana-mana sebab dayung tiada. Tapi bagi unclelimak pula boleh guna cara lain sebab ‘hendak seribu daya taknak seribu dalih’ so, kalau nak maka mendayung-lah even guna tangan sekali-pun. Hak2. That why hidup perlu ada tujuan. Itu lah sebab-nya kenapa anda semua hidup. Sebab semua kena ada tujuan dan matlamat masing-masing. Okeyh?! faham tak semua nie?! Hak2.

Bagi orang islam, tujuan kita hidup ini mesti ada kaitan dengan hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia-manusia serta makhluk-makhluk yang lain selain manusia. Maka dengan itu kita ini digelar sebagai ‘khalifah’ dimuka bumi ini jesteru itu kita di tuntut untuk menjaga hubungan kita dengan semua makhluk-makhluk Allah termasuk sesame kita sendiri. Ingat tue!

Maka dengan itu, jangan-lah kita dok sibuk bertanyakan persoalan yang sebenarnya kita sendiri sudah tahu jawabanya kerana kadang-kadang persoalan yang kita ajukan kepada Allah tersebut boleh jadi dosa dek kerana kita mempersoalkan ‘untuk apa aku hidup’ umpama kita mempersoalkan ‘kenapa matahari nie panas sangat?’ atau ‘kenapa bulan ada waktu malam sahaja.’ Okeyh tak?! Dah faham?! Hak2.


Pendek kata.. panjang tak kata apa. Hak2. Walau apa pun situasi anda beradakan kenalah percaya sebab dalam hidup kita nie-kan semua yang terjadi itu ada hikmah-nya.

Perbezaan antara MINAT, SUKA, SAYANG dan CINTA. Adakah PERLU???!!

Kali nie aku pula ingin bercerita. Korang penah tak dengar orang cakap ‘aku SAYANG kat ko, tapi aku tak boleh CINTA kat ko.’ Or anda sendiri penah kena?! Hak2. Okeyh. entry kali ini aku rasa agak berat dan heavy to understand. Try lah kalau anda semua boleh faham sebab maybe boleh menjawab setiap persoalan yang timbul antara korang.

Ramai orang membeza-bezakan perkataan tersebut. Bagi aku pula ia tiada BEZA! Sebab maksud yang sama dan serupa Cuma perbeza pada gaya dan persembahanya. Kita tak boleh membezakan perkara yang dah memang berbeza melalui ayat dah tentulah berbeza. Okeyh sebagai contoh:

I.             SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jgn menangis.”
II.          SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.
III.       CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata, “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

Korang perasan tidak apa yang kurang dekat situ? Perasankan.. iaitu MINAT. Okeyh, cuba anda semua buat ayat yang sama untuk MINAT perbuatan apakah yang sesuai untuk MINAT? Nampakkan. Maksud aku adalah perbezaan perkataan di atas boleh digunakan pada sesuatu tetapi bukan pada kekasih/Isteri/Family dan sebagainya, sebab mereka itu semua adalah orang yang anda MINAT, orang yang anda SUKA, orang yang anda SAYNAG dan orang yang anda CINTA. Jangan-lah korang meng-klsifikasi-kan perasaan korang itu terhadap mereka yang amat penting dalam hidup anda semua.

Sebagai contoh – untuk kawan minat dan suka, untuk kekasih – sayang jerk?! Common derr.. tidak lah salah kalau kita cakap kita MINAT kat awak, kita SUKA, SAYANG dan CINTA kat awk. Itu belum aku ceritakan pasal anggapan induvidu terhadap individu sebagai contoh – suami anggap teman hidupnya sebagai isteri sahaja apa salahnya anggap juga sebagai kawan, kekasih or so on. Isteri pun masih kekasih kita juga dunia dan akhirat. So perlu ke kita membezakan perkataan yang di-nyatakan diatas?!

Setakat ini adakah anda semua faham apakah point yang saya bawakan?! Harap anda semua boleh faham. Hak2. Bukan apa, ramai member aku dan unclelimak pun ada bagitahu juga yang kebanyak orang suka membeza-bezakan perasaan dorang tanpa pasangan mereka ketahui. Itu lah yang boleh mendatangkan syak wasangka dan curang. Kami bukan lah Dr. Love or Pakar Cinta kami pun ada masalah kami sendiri. Tapi pendapat kami ini lah punca-nya terjadi kes-kes curang. Apabila ia-nya telah kantoi pasangan anda curang di belakang anda sebab-kan pasangan anda masih tidak mampu untuk menyatakkan hasrat-nya kerana masih memikirkan dan menjaga hati Ex or Bekas or Tupperware-nye yang dulu. Hak2.
Bagi kami berdua, itu semua adalah sejarah. Apa yang anda ada dan miliki sekarang adalah kurniaan dan anugerah Allah kepada anda. Cube-lah belajar untuk menerima, meminati, menyukai, menyayangi dan mencintai pasangan hidup anda. Baik kaum lelaki mahupun kaum wanita ingat-lah what goes around it’ll come around. Anda selingkuh, anda merana, anda rugi. Bubye. Hak2.

Sorry-lah kalau aku membencingkan hal sebegini sebagai peringatan semua, selagi bertahan maka kita kena pertahankan memang betul jodoh kuasa Allah maka semua yang terajadi adalah anugerah Allah juga pada anda semua maka jaga lah sebaik yang boleh dan sebaik yang mungkin. Sebab kita tidak masa hadapan seseorang itu, maybe dulu orang itu pakai kereta buruk jerk tapi esok lusa orang itu pakai kereta.. fuhh.. dasyat. Kita tidak tahu rezeki masing-masing rite?! Kita berusaha kita akan dapat. Insya’allah. Tanggungjawab bersama. Okeyh?! puas hati dengan entry aku kali nie?! Aku Cuma menyuarakan pendapat sahaja selebihnya UncleLimak yang putuskan. Maka terhasil lah entry ini.

Dengan ini, sekian sahaja entry untuk kali ini, ingat-lah bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmah-nya. Jjaga tingkah laku dan kata-kata anda moga-moga dapat redha dan barakah ALLAH. Aminn..!! 

Novel – ISMI FA ISMAIL (Tiada Tajuk)


Alhamdulilah.. bertemu kita lagi dalam blog yang serba tak indah ini. Hak2. Kali ini saya ingin membuat satu review sebuah novel yang di karang oleh ISMI FA ISMAIL. Aku rasa semua orang kenal penulis ini sebab penulis penah buat satu novel yang bertajuk ‘Jangan Baca Novel Ini’ aku rasa aku ada review tetang novel tersebut. Memang menarik dan padat.

Wokeyh.. aku tahu dah lama buku nie release tapi aku baru jerk habis baca novel tersebut. Katanya adalah kronologi (sekuel) kapada novel ‘Jangan Baca Novel Ini’. Dekat MPH aku dapat tengok jerk.. tak dapat beli sebab duit tak cukup. Hak2. Tapi alhamdulilah.. orang yang teristimewa hadiahkan kepada aku. Yeahh..!!

Ia amat menarik, first perasaan aku tentang buku hitam yang tidak bertajuk getus hati aku ‘mesti ISMI FA ISMAIL nie.. ntah apalah yang dia nak merepek kali nie..’ Hak2. Memang betul pun dia. Tapi ia nya adalah kronologi?!! Wahhh.. tapi satu jerk yang aku rase aku teka adalah tepat.. selepas aku membaca novel ini ia-nya lebih kurang filem ‘Chronicle’. Aku rasa jerk. Hak3. Aku Cuma heran kenapa orang letak juga tajuk dekat novel nie ‘Tiada Tajuk’ kan itu boleh juga jadi sebagai sebuah tajuk. Hak2. Aku dah pening. Jom kita review..

Okeyh.. ceritanya merungkaikan novel ‘Jangan Baca Novel Ini’ bagaimana terjadinya sebuah ‘cerita 1, cerita 2 dan sebagainya’ tapi.. dalam novel sekuel ini juga ada terjadi nya ‘kisah 1, dan kisah 2 dan sebagainya’ so, dari situ kita tahu dari mana munculnya seorang budak tue, mana datang nya kemboja tersebut, pandai penulis ini membahagikan plot dalam cerita nya untuk menubuhkan sekuel-nya.

Cerita yang amat menarik, berkaitan pula dengan Sci-Fi dan putar belitkan dengan beberapa organisasi – organisasi tertentu. Aku rasa penulis ini sedang membayangkan sebuah filem Cuma di adaptasikan di dalam sebuah novel sahaja. Aku rasa mustahil untuk Pengarah Malaysia untuk menghasilkan filem sebegini rupa.. Alih-alih bomoh, pawang, hantu-hantu. Tapi berbeza pula dengan ISMI FA ISMAIL ini, dia memang mengaitkan tentang fakta dan segala yang di rungkai mesti berkaitan dan tepat. Walaupun ia-nya adalah sebuat fantasy. Bagi aku.. cerita semua nya fantasy tapi siapa yang pandai menrungkai dengan fakta yang tepat ia-nya akan jadi seperti reality.

Syabas kepada ISMI FA ISMAIL sebab Berjaya menghasilkan novel yang aku rasa perfect. Part yang aku suka adalah bila mana perkataan ‘sebuah van besar dan bercermin serba gelap’ aku comfirm terbayangkan van jenama HIACE yenag bersar tue dan bercermin gelap. Hak2. Aku tak nak cerita synopsis sebab ia-nya adalah sekuel kepada novel sebelum nya.

Pandai – pandai korang lah cari novel ‘Jangan Baca Novel ini’ then cari lah novel berkulit hitam yang tanpa tajuk. Apa lah dalam otak penulis ini.. berani betul dia buat novel yang tak ada tajuk langsung. Memang otak penulis nie cuba untuk mencabar pemikiran rakyat Malaysia. Syabas pada penulis. Hak2.


Try lah baca novel ini.. terbaikk..!!

Practical Season at Permaisuri Resort & Hotel Port Dickson

Assalamualaikum..

Wahhh.. dah lama sampai Gila lah aku dan UncleLImak tidak Meng’update’ post dalam blog ini. Betul kn.. kawan-kawan. Bukan apa, setiap yang berlaku itu adalah sangat berharga aku dan UncleLimak sangat-sangat lah sibuk menguruskan diri. Maklumlah.. Kami berdua baru habis praktikal dan tamat lah belajar kami berdua. Alhmdulilah..

Entry nie.. aku nak kongsi pengalaman aku berpraktikal dekat Permaisuri Resort & Hotel di Port Dickson. Sesiapa yg kenal.. mesti tahu yg type entry nie adalah siapa. Kah2. Wokeyh.. Mulanya, aku nak tunjuk gambar elevation dulu kat korang semua..
Pintu Gerbang Resor
Pandangan Hadapan
Pandangan sisi 
Swimming Pool
Pandangan Belakang

Okeyh.. bagaimana dengan gambar-gambar tersebut?! Cantikkan. Itu lah tempat aku praktikal. Tempat ak meng’all-out’kan segala ilmu yang aku telah pelajari. Hek2. Secara jujurnya.. dekat situ aku telah banyak belajar. Di bantu dengan Mr. Radzi (Manager) dan Mr. Zaini (Asst.) serta crew-crew yang lain telah banyak member tunjuk ajar kepada aku. Sebelum ini aku hanya belajar didalah kelas dan menelaah buku semata tanpa mengenali lebih dekat akan perihal yang aku pelajari, akan tetapi di permaisuri aku telah di ajar dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan. Terima Kasih kepada abang-abang maintenance dekat sane. Hak2.

Lupa aku nak bagi tahu kat korang yang aku menjawat jawatan sebagai Maintenance Crew dekat sana. Skop kerja aku ada banyak sebab?! Sepatutnya sikit jerk.. tetapi kalau dah semua department dorang pegang maka dengan ini semua benda lah ak kene kawal.. antara skop yang ak cover adalah;

i.                     Monitor HV & LV romm
ii.                   Facility management
iii.                  Monitor pump room such as water supply, cooling tower and etc.
iv.                 Preventive room by room
v.                   Ad-hoc maintenance and facility room by room
vi.                 Safety and health
vii.                Fire system such as active and passive system
viii.              Plumbing
ix.                 Air-Condition
x.                   Etc.

Semua yang aku nyatakan diatas adalah apa yang aku cover. Hampir kesemua department dalam maintenance aku cover. Mati kan Nampak?! Tapi seronok weihh.. seriously. Setiap crew akan dibekalkan dengan walkie-talkie untuk berhubung antara sama lain. Best memang sangat best.
Aku tunjuk kat korang yea.. gambar yang ak boleh kongsi kat dalam internet ini:
Meneliti sesuatu.. Ntah apa yg rosak xtahu lah.

 Gambar ini semua di atas adalah di bahagian Ala - Cart Kitchen
Hak2. Ini lah - UncleLimak Kenal x?! Hak2.
Puas tak hati tengok gambar-gambar tadi?! Hak2. Banyak lagi.. tapi tak boleh lah tunjuk sebab private confidential. Hak2. Okeyh, aku praktikal dekat situ start 10/6/2013 hingga 30/09/2013 selama 4 bulan. Selama 4 bulan tue jugak lah ak bermaustatin dekat area Port Dickson walaupun dekat tapi kenderaan aku adalah kereta, minyak dan toll tetap di ambil kira. Pokai aku lau aku berulang Senawang – Port Dickson. 
Aku di beri elaun sebanyak RM120 sebulan dan lebih masa dapat lah Part Time.

Okeyh. itu indahnya lah.. yang tak indahnya adalah.. korang tahukan aku dapat elaun dan part time.. tapi malang nya.. dari tarikh aku berhenti praktikal sampai lah type entry ini aku masih tidak dapat bayaran tersebut. Samalah dengan budak-budak praktikal yang lain. Kah2. Macam – macam cerita buruk yang berlaku dekat resort tue.. dengan tak bayar gaji pekerja, staff-staff ramai berhenti. Management teramatlah teruk dan teruk lebih teruk lagi. Apa lah nasib aku yang ntah apa2 lah. Hak2.

Tapi, aku nak kongsi satu gambar yang sangat special bagi aku lah. Dimana tempat didalam gambar tersebut adalah sesuatu kenangan yang sangat-sangat aku tak akan lupakan sebab??! Hak2. Tak perlulah aku ceritakan, hanya Aku – ALLAH dan dia yang mengetahui. Hak2.

Ini lah gambar dimana tempat yang takkan aku boleh lupa sampai bila - bila. berlaku kes kecurian sebenarnya. Kecurian apew?!! Hak2. ntah lahhh.... Hak2.

Itu lah serba sedikit pengalaman aku. Korang paham tak agak-agak nye. Kah2. Tak apa lah.. entry ini sekadar selingan sahaja. Dah lama aku tak update. Moge semua sihat selalu. Ingat lah.. hidup mesti berusaha okeyh?! hak2.