Follow us on:

Pages

Kenapa Ummat Islam Sekarang Tidak Bersatu?!

Satu persoalan kew atau satu fakta?! Jika kita lihat dalam kaca pancaindera memang kita akan lihat ummat islam sedang bersatu. Disebabkan oleh serangan Israel keatas sempadan Gaza maka seluruh jiwa dan raga ummat islam terpanggil dan tercabar serta tercalar. Semuanya ‘ter’ lah. Termasuk sekali dengan ter’boikot’. Hak2. Memang kita akan Nampak semua ummat islam dari seluruh Negara bersatu menentang kekejaman Israel Zionis, tapi that not my point sebab apa yang aku nak rungkaikan adalah kepincangan pendapat dan pandangan dikalangan ummat islam terutama di dalam Negara aku sendiri; Negara Malaysia yang tercinta ini. That my point. Hak2.

Persoalan-nya adalah kenapa point aku tertumpu pada Malaysia sahaja?? Sebab UncleLimak cakap ‘tak payah nak cungkil-cungkil/intai-intai kain orang, kain sendiri tue pakai pun tak betul lagi’ aku tergelak besar. Hak2. Maksud UncleLimak tue adalah, tidak perlu kita cungkil-cungkil Negara orang punya masalah, dalam Negara sendiri pun banyak lagi yang tidak betul-nya dalam Negara kita nie pun ada banyak yang boleh dijadikan contoh.

Fakta-nya adalah kenapa tidak bersatu pula?! Bukan kita semua umat islam sudah bersatu??! Memang lah dah bersatu, tapi bukan itu yang dimaksudkan, anda akan tahu apa sebanarnya yang aku dan UncleLimak ingin rungkaikan sebab kenapa umat islam ini susah sangat nak bersatu..:

1. Terlalu Mencari Perbezaan.
Betul. Itu lah ummat islam Malaysia sekarang yang membuatkan aku bertambah runsing adalah kenapa ummat islam yang zaman era sebelum merdeka dulu lebih teruk daripada ummat islam yang selepas merdeka sekarang ini. Kenapa? mereka yang lahir sebelum merdeka sepatut-nye menunjukkan tauladan yang baik untk kami anak-anak globalisasi ini agar boleh di contohi.
sebagai contoh, status dan taraf. Kenapa orang Malaysia terlalu mencari perbezaan pasal taraf?! Taraf hanya pada dunia sahaja semata-mata, anda tidak dapat membawa taraf itu masuk ke dalam kubur melainkan amalan yang anda buat ketika didunia dahulu. Then, kenapa orang Malaysia suka membeza-beza kan satu benda dengan sesuatu benda yang lain. Malah perbezaan tersebut tidak berasas langsung, seolah-olah tidak kena pada class atau ketegorinya. Contoh, membeza-bezakan anak sendiri dengan anak orang lain.  Kenapa tidak salah kan diri sendiri?! Adakah allah cipta manusia yang selain kekasihnya; Nabi Muhammad adalah sempurna?! Siapa yang ngaku dirinya sesempurna Nabi Muhammad. Tiada siapa maka kenapa kita terlalu sangat cari perbezaan.

Khusus-nya orang melayu dahulu sebelum merdeka dan orang melayu kini selepas merdeka. Mereka teramat berbeza ketika zaman berganti zaman. Memang kita kena bergerak mengikut zaman tidak hairan lah jika orang melayu dulu tidak boleh ikot atau pun di adapt kan dalam hidup seharian mereka, apa yang aku dan UncleLimak maksudkan ialah cara mereka berfikir;terlalu mencari perbezaan dalam hidup seharian mereka (suka cari gaduh) pemikiran mereka tidak terbuka secara am dan meluasnya. Anda semua kena tahu yang anda telah masuk era globalisasi. Era dimana semua maklumat dan pendapat boleh didapati secara terbuka dan meluas. Jaraingan tanpa sempadan. Kuasa semua dijari anda. Ada Xpax ada segalanya, akan tetapi yang aku hairan-nya adalah kenapa ada segelintir anak-anak muda melayu yang sama berpemikiran macam orang dulu-dulu. Pendapat dan keterangan tidak dijelaskan dengan terperinci. Apa yang ada dalam kepala otak diorang adalah dengan cara bergaduh dan memaki hamun, mencari perbezaan walaupun hanya sebesar zarah pun untuk dijadikan bahan pergaduhan dan perpecahan ummah.

2. Akibat Politik Melampau.
Ini adalah fenomena yang tidak asing lagi dimata dan telinga setiap individu termasuk aku dan UncleLimak sekali. Malaysia heboh dekat politik sahaja semata-mata. Baik parti kerajaan mahupun pari pembangkang. Kesemua parti tersebut mencaci dan mencela parti lain sesame mereka sendiri walhal rakyat hanya melihat dan memerhatikan sahaja. Statement itu untuk rakyat yang pandai berfikir bagi rakyat yang tidak pandai berfikir mereka akan turut serta mencaci dan mencela sesame mereka mengikut pemimpin-pemimpin mereka. Sepatutnya anak muda melayu kini yang dah matang dan belajar tinggi-tinggi tidak perlu lah ‘join’ sekali bergaduh sakan dengan orang-orang tua dalam politik sepatut nya kita sama-sama mencari persamaan dan penyelesaian bukanya perbezaan.

Tahu anda semua hendak pertahankan ‘kerusi’ yang dihebah-hebahkan sangat. Itu kerusi jerk.. apa yang nak dihairankan sangat. Jika takdir anda untk memimpin maka akan tertunai lah. Kami rakyak (yang berfikir) akan mengundi anda jangan risau, tidak perlu lah ada cercaan dan perbalahan antara kaum malah seisi ummah islam pula menjadi goyah hinggakan nampaknya jurang dan batasan dalam pergaulan ummat islam dek kerana perbezaan politik yang melampau. Bila politik diletakkan sebagai sandaran dan batasan dalam pergaulan maka tiada lah sefahaman dalam kehidupan ummat islam bertambah runcing lah ketidak bersatunya ummat islam dimalaysia walaupun rambut same hitam pakai kopiah pun sama warna putih cume bila mana berbeza parti maka talian persaudaraan ‘wajib’ diputuskan. Masya’allah.

3. Kelemahan Berfikir.
Lebih kurang sama macam perkara diatas tapi aku perincikan lebih lagi. Walaupun aku dan UncleLimak berlainan parti politik tapi kami tidak lemah dan tidak mudah percaya dengan maklumat-maklumat dan pendapat-pendapat daripada kaca Tv mahupun media massa yang sekarang ini banyak mengkucar kacirkan suasana. Setiap apa yang berlaku kami akan selidik daripada segi tersirat bukan hanya tersurat saja semata-mata. Kita orang islam dan melayu kena lah berfikir dengan lebih logik dan matang kenapa perkara tersebut tidak boleh dilakukan dan kenapa perkara tersebut boleh dilakukan.
Kami berbeza pendapat tapi kami tidak pernah termakan dengan janji-janji politik baik pada parti kerajaan mahupun parti pembangkang. Sebab kami tahu itu semua hanya lah omong-omong kosong untuk meraih undi padahnya, ramai lagi rakyat yang perlukan pertolongan dan bantuan tetapi mereka sibuk dengan parti politik mereka.

Yang terkini perihal mendoakan kehancuran kepada parti kerajaan padahnya parti kerajaan pula menghina parti pembangkang. Dimanakah pemimpin seperti Khalifah Saidina Umar Al-khatab?! Beliau akan pastikan rakyat nya tidak merempat dinegara sendiri dan memastikan kesejahteraan rakyat. Harus pemimpin ingat kata-kata Khalifah Umar Abdul Aziz ‘seorang pemimpin berwibawa wajib memikirkan hak menang-menang dalam keputusan walaupun terkorban ‘nyawa’ banyak boleh dirungkaikan daripada kata-kata beliau mengapa pemimpin kita orang melayu khususnya orang islam dari parti kerajaan mahupun pembangkang masih mencari perbezaan dalam politik?! Kenapa tidak cari kesamaan dan pendamaian untuk rakyat tercinta. Ini lah yang dikatakan kelemahan berfikir dikalangan pemimpin dan masyarakat khususnya orang melayu dan islam.

Kami berbeza pendapat setiap apa yang dipertikaikan kami akan bentangkan dengan idea yang terbuka sebab manusia ilmu nya terbatas kadang-kadang mereka tidak Nampak apa yang tersirat disebalik kejadian tersebut. Seperti sebelumnya kebanyakkan artikel yang aku post ada sesetengah nya mengatakan aku mengutuk pembangkang so, sesetengah itu lah yang dikatakan lemah pemikiranya. Sebab aku dan UncleLimak memang berbeza parti tapi kami seagama dan serumpun. Kami menceritakan perkara yang tersirat atas kejadian tersebut. Jangan kita hanya memandang tersurat sahaja sebab kita tidak tahu tersiratnya kadang-kadang lebih teruk boleh berlaku. Dalam bajet 2013 juga ada sesetengah pembaca mentafsirkan kami mengutuk kerajaan. So, dimanakah hak bersuara?! Apa yang tidak betul kami perbetulkan dan perincikan supaya bantuan dan pertolongan itu capai pada sasaran dan golonganya ‘target’.

Persoalan aku dan UncleLimak apa yang lebih penting dalam minda anda?? Politik atau Kesatuan Ummah. Keamanan atau peperangan. Soalan seperti ini dah lapukan?! Tapi cuba anda semua lihat sekitar anda akan bertanya kembali pada diri anda sendiri apakah dunia sudah akhir zaman?! Hak2.